in

Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2022 | Cara Bayar Secara Online / Aplikasi Telefon Bimbit

zakat fitrah

Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2022 | Cara Bayar Secara Online / Aplikasi Telefon Bimbit ~ Syukur alhamdulillah, ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Namun, adakah anda sudah menunaikan kewajipan anda untuk membayar zakat fitrah?

zakat fitrah


 Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2022

Membayar zakat termasuk dalam rukun Islam yang keempat dan merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang memenuhi segala syarat wajib yang ditetapkan. 

Anda boleh membuat pembayaran melalui pelbagai cara seperti,melalui kaunter pungutan zakat atau secara online, atau melalui aplikasi di telefon bimbit. Mudahkan?

Malah, membayar zakat secara online atau melalui aplikasi adalah merupakan cara yang lebih selamat kerana pembayar zakat boleh berhubung terus dengan agensi kutipan zakat online mengikut negeri masing-masing. Di samping itu, menjimatkan masa terutamanya bagi pembayar zakat yang sibuk. 

Kemudahan ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri bagi memudahkan orang ramai. Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat. 

zakat fitrah

Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1443H/2022M:

  • Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
  • Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
  • Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
  • Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
  • Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
  • Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
  • Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat

NOTA: Sebelum membuat pembayaran sila rujuk kadar zakat mengikut negeri masing-masing.

BACA JUGA: Heboh! Puteri Sarah Dedahkan Identiti Penganggu Rumah Tangganya, Berhenti Ganggu Syamsul Yusof!


Cara Bayar Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri: 

PERKARA PAUTANNYA
Zakat KUALA LUMPUR (PPZ – MAIWP) zakat2u.com.my / fitrah zakat com my
Zakat SABAH (MUIZ) appszakat.sabah.gov.my
Zakat SARAWAK di Baitulmal (TBS) pelanggan.tbs.org.my
Zakat TERENGGANU (MAIDAM) epay.maidam.gov.my
Zakat KELANTAN (E-MAIK) zakat.e-maik.my
Zakat PERLIS (Maips) maips.gov.my
Zakat PULAU PINANG (Pusat Pungutan Penang) zakatpenang.com/jompay
Zakat KEDAH jom.zakatkedah.com.my
Zakat PAHANG (MUIP) zakatpahang.my/index.php/bayar-zakat
Zakat PERAK (eZakat MAIP) ezakat.maiamp.gov.my
Zakat SELANGOR (MAIS) fpx.zakatselangor.com.my
Zakat MELAKA (MAIM) pay2.izakat.com
Zakat NEGERI SEMBILAN (PZNS) zakatns2u.biz/fitrah/
Zakat JOHOR di majlis agama islam johor (MUIJ) Zakat fitrah.maij.gov.my

Cara Bayar Zakat Online Menggunakan Perbankan Internet  (Bank Online)

Anda juga boleh membuat pembayaran zakat melalui akaun bank online. Rujuk cara-caranya seperti di bawah:

  • Maybank2u
  1. Sila layari portal Maybank2u dan login ke akaun yang telah didaftarkan. Masukkan Id dan kata laluan anda. 
  2. Klik “Pay & Transfer”.
  3. Kemudian taip kekunci kata “zakat” dan pilih jabatan zakat negeri masing-masing.
  4. Pilih “zakat fitrah” bagi jenis zakat yang ingin dibayar.
  5. Isi jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar mengikut negeri masing-masing, dan klik “Pay”
  6. Masukkan TAC untuk melengkapkan bayaran anda.
  • CIMB 
  1. Sila layari portal CIMB dan login ke akaun yang telah didaftarkan. Masukkan Id dan kata laluan anda. 
  2. Klik “Pay & Transfer” > “Pay Bills”
  3. Kemudian taip kekunci kata “zakat” dan pilih jabatan zakat negeri masing-masing.
  4. Isi jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar mengikut negeri masing-masing, dan klik “Pay”
  5. Masukkan TAC untuk melengkapkan bayaran anda.

NOTA: Hanya Lembaga Zakat Selangor dan Zakat Perlis yang menyediakan perkhidmatan bayaran zakat fitrah secara online menggunakan CIMB Clicks. 

Selamat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Semoga Allah meredhai dan menggandakan rezeki buat semua yang mengerjakan zakat bagi bersama-sama membantu golongan yang memerlukan serta membangun ekonomi agama ini.

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0