in ,

Padah Minum Susu Tiruan, Anak Muntah-Muntah Teruk, Jika Ada Tanda-Tanda Demikian, Sila Segera Bawa Ke Hospital

susu tiruan

Sebanyak 210 kotak rumusan susu bayi tiruan telah dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas menerima satu aduan dari orang awam berkaitan dengan susu tiruan dari pengeluar susu terbabit. Rampasan tersebut dilaporkan bernilai RM42,000 itu dirampas dari 5 buah premis selepas ianya diserbu di kawasan sekitar Johor Bahru pada Khamis lalu.

Menurut sumber, pengeluar susu terbabit dikatakan telah menerima aduan dari pengguna apabila bayi kecilnya itu mengalami muntah yang teruk selepas meminum susu yang berjenama terbabit. Walau bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan oleh pihak pengeluar, susu yang telah diminum bayi itu adalah susu tiruan.

Berikutan berita tersebut jadi tular di media sosial, seorang ibu Seila Nawi tampil berkongsi tentang anaknya yang telah mengalami kesan daripada minum susu tiruan yang dikatakan itu.

ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama dua bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham. Saya telah pun melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tetapi saya berharap:

  1. Mead Johnson Malaysia dan KPDNKK telus untuk membanteras, sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ini sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa agar tidak terus ditipu.
  2. Juga sedia utuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari Jabatan Kimia nanti.

Posted by Seila Nawi on Monday, 11 December 2017

Oktober 2017, anak saya Mikael keluar masuk hospital. Ingat lagi, kan? Warded lebih dua minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga sembilan kali sehari. Kenapa sampai sembilan kali, saya biarkan saja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital) dengan harapan dan doa Mikael akan reda dari muntah. Tetapi tidak.

Saya bersyukur saya rekod dan ambil gambar sebab nak update suami saya yang berada jauh daripada kami.

Tengah hari itu, muka dan badan Mikael dah mula kemerah-merahan dan panas. Setiap kali keluar merah-merah itu, saya mandikan dia. Demam on off. Menjelang jam tiga petang, Mikael sudah lembik, terbaring, susu pun dia tak nak minum. Jadi saya tak fikir panjang dan terus bergegas ke hospital berhampiran.

BACA : 3 Benda Comel Yang Boleh Memberhaya Pada Bayi Wajib Mak Ayah Tahu & Fahamkan Mengapa..

Wallahi, langsung tak suspek disebabkan susu. Doktor pun interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya berikan pada Mikael atau ada tak Mikael termakan apa-apa saja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini, puas saya fikir tetapi saya tiada jawapan).

Doktor terpaksa menahan Mikael di wad sebab dehidrasi dan untuk pemeriksaan lanjut. Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung tak nak susu atau makan.

Next, Mikael dah mula cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sampai nurse pun tak dapat menahan baunya sewaktu proses nak mengambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada hari itu.

Kotoran dari usus bayi yang dikatakan sanagt busuk.
bayi
Sampel najis diambil untuk ujian.

Pelbagai ujian dibuat termasuk alergik test. Result semua okay untuk Mikael, tiada apa-apa alergik. Setiap najis diambil untuk ujian namun doktor masih tiada jawapan untuk punca. Selama berada di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam on off, merah-merah di seluruh muka dan badan sekejap ada sekejap hilang.

Kemuncaknya, selepas seminggu Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dengan prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur walaupun berat hati ini nak masukkan macam-macam ubat pada Mikael yang masih bayi.

susu tiruan
Bayinya dilaporkan tiada sebarang alergik.
susu tiruan
Kemudiannya, bayi kecil ini dimaklumkan berak berdarah.

Oh ya, sepanjang berada di hospital. Saya tak bagi Mikael apa-apa solid food. Yelah, doktor suspek mungkin alergik dari makanan tambahan. Tetapi Mikael masih minum susu Enfalac. Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan. Lagipun Mikael bukan baru minum susu itu. Dah beberapa bulan sebelum itu.

BACA : Inilah Percakapan Allah SWT Dengan Bayi Sebelum Ianya Dilahirkan Ke Dunia Yang Indah Ini

Selepas dua minggu lebih, sebab dan punca masih belum diketahui. Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged. Balik ke rumah, ada perubahan pada Mikael, way more better sebab susu Enfalac pun dah beli pack baru dari kedai lain. Yang dibeli sebelum itu dah habis saya bagi Mikael minum.

bayi minum susu tiruan
Bayi comel ini ketika mendapatkan rawatan di Hospital.

Yang tanya saya beli dari mana, saya tidak dapat nak nyatakan di sini sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ini. Kita menunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak meneruskan anak menyusu dengan susu ini, boleh beli dari AEON dan TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka isytiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dengan susu lain selepas pengalaman pahit ini. Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawa anak anda ke hospital. Saya doakan anak-anak kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka dan badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul keluar dari badannya. InshaAllah slowly. Mohon doa dari semua juga untuk Mikael.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0