in

Bayi Suka Masuk Barang Dalam Mulut, Telinga dan Hidung! BAHAYA (Dr Ezairy)

Kenapa bayi suka masuk barang dalam mulut

Terlalu banyak kes berlaku anak atau bayi suka masuk barang dalam mulut, telinga dan hidung. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan barang permainan untuk anak yang berkualiti selain memastikan keselamatan penggunaannya.

Mengapa sangat bahaya membiarkan anak anda bermain dengan mainan yang mampu membahayakan keselamatannya? Mungkin masih ramai ibu bapa yang tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara sebegini. Ikuti perkongsian Dr Ezairy M. Sallih ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di masa depan.

Bahaya Alat Mainan Kecil Kepada Bayi dan Anak-anak

anak suka masukkan benda dalam mulut
Memang menjadi tabiat semua bayi suka mengigit barangan yang ada di tangannya.

Mengapa saya sebagai seorang doktor sering menulis dan berkongsi tentang betapa bahaya alat-alat permainan dan barangan kecil kepada anak-anak kita? Sememangnya ada bahayanya kepada mereka.

Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang saya terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.

Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?

Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!

Adakah setakat itu sahaja? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.

Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, ibu bapa yang sayangi anak-anak kita, pesan dan beritahulah mereka berulang kali.

“Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.”

Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.

Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :

✅ Sentiasa letakkan duit syiling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.

✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.

✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.

✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!

✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.

Baca : 3 Benda Comel Yang Boleh Memberhaya Pada Bayi Wajib Mak Ayah Tahu & Fahamkan Mengapa..

Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga. Selamat beramal!

Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments