in

Cara Merawat dan Pantang Larang Penyakit Beguk di Leher

pantang larang beguk di leher

Beguk adalah penyakit yang berkait dengan sejenis virus yang dikenali sebagai Paramyxvirus sehingga menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada bahagian pipi serta di leher yang biasanya menyerang kanak-kanak.

Wabak beguk boleh berjangkit melalui air liur iaitu ketika pesakit yang mempunyai penyakit ini bercakap, hidung adalah dengan menghela nafas dan juga tekak sama ada menerusi bersin dan juga batuk.

Apabila anda menyedari anak anda diserang penyakit ini, anda wajib dengan segera mendapatkan rawatan doktor supaya boleh merawat pesakit serta dapat mencegah jangkitan virus ini dari terus merebak kepada orang lain.

Berikutnya adalah perkongsian daripada Dr Ezairy M. Sallih seorang doktor pakar telinga, hidung dan tekak berkongsi tentang bahaya, pantang larang penyakit beguk serta cara hilangkan penyakit ini jika ia menyerang anak-anak anda.

Rawatan dan Pantang Larang Penyakit Beguk di Leher

penyakit beguk di leher

Bengkak pipi – Beguk

Selalu kan dengar penyakit ini? Di kalangan masyarakat kita bukanlah asing lagi. Beguk atau ‘mumps’ merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Iya… virus!

Ia akan menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar di bahagian pipi disebut sebagai parotid. Penyakit ini mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 5 hari selepas pembengkakan bermula.

Jika anak anda mengalami masalah beguk, apa perlu anda buat?

Berikut adalah cara merawat dan juga langkah-langkah untuk mengatasi yang perlu diambil sekiranya anak anda diserang penyakit bengkak pipi yang telah disarankan oleh doktor pakar ini.

 

wabak beguk

1. Berikan anak ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan juga sakit di kawasan pembengkakan. Pembengkakan adalah disebabkan oleh masalah kelenjar liur yang membengkak.

2. Berikan air yang cukup kepada anak untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana anak yang mengalami masalah beguk akan cenderung untuk tidak mengambil makan dan minum akibat sakit.

3. Tidak menghantar mereka ke sekolah dan taska serta tempat-tempat awam. Jangkitan lebih mudah berlaku.

4. Gunakan bungkusan ais atau bungkusan pak air panas untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan untuk melindungi kulit pesakit.

5. Sekiranya anda mendapati saiz beguk semakin membesar dan tidak ada tanda-tanda untuk surut, dapatkan segera rawatan di klinik dan hospital dan doktor. Jangan biarkan di rumah.

Ramai orang kita ini gemar guna cecair seperti nila dan bermacam-macam lagi rawatan dan petua tradisional untuk menyusutkan bengkak. Saya tak kata tak boleh nak cuba. Tapi jangan sampai dah bengkak sampai ke tahap tak boleh buka mulut, tak boleh menelan makanan akibat terlalu sakit, masih lagi lakukan perkara-perkara seperti ini. Bahaya!

Adakalanya, rawatan bersama doktor perlu disegerakan.

Macam itulah. Moga bermanfaat.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Baca : Sakit Tekak dan Tonsil – Kenapa Ia Selalu Terjadi Kepada Kita?

Semoga perkongsian tentang penyakit beguk di leher ini yang dikongsikan oleh doktor Ezairy ini akan membantu anda mencegah dan mengatasi masalah ini dengan berjaya. Seperti disarankan doktor anda perlu memberikan anak anda air dan makanan yang secukupnya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments