in

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang. Ini kenyataan pihak polis

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang. Ini kenyataan pihak polis

BEKAS personaliti TV3 iaitu Zalina Azman dilaporkan hilang menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin.

Makluman orang hilang tersebut dimuat naik di Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam yang memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Fizikal Zalina juga turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan manis selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba turut meminta Zalina segera pulang.

“Di mana awak Zally (panggilan untuk Zalina). Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.

Rakan seperjuangannya, Datuk Aznil Nawawi turut meninggalkan komen pada hantaran itu yang turut bertanyakan dimanakah bekas personaliti itu berada.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sebelum ini, Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

BACA : Samakan Islam seperti n4jis dalam bont0t, lelaki ini cetus amarah ramai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0