in

Belanja Sekolah RM 10, Beli Makanan Rm 2 Baki Rm 3…. Kisah Sedih Kanak-Kanak Ni Buatkan Netizen Sebak

Belanja Sekolah

Setiap kali pergi ke sekolah mak ayah akan bagi belanja sekolah tidak kiralah berapa pun jumlah yang di berikan oleh mereka.

Sewaktu sekolah dulu, bila dapat je duit belanja sudah pasti kita akan merasa sangat seronok. Mana tidaknya, pada waktu itu, masing-masing akan mula terbayang makanan kegemaran kita yang dijual di kantin sekolah. Tidak kiralah berapa pun jumlah belanja sekolah yang telah diberikan oleh mak ayah kita ia sudah cukup mmebuatkan kita merasa sangat seronok

Anak Kecil Ni Cerita Kepada Ibunya Menganai Kawan Yang Tidak Ada Duit Belanja Sekolah Buatkan Netizen Sebak

Tetapi dalam kita merasa seronok dahulu sebab dapat duit belanja, ada juga antara rakan sekolah kita yang tidak berasib baik dan kurang berkemampuan seperti kita. Ada antara mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan ibu bapa mereka tidak mampu untuk memberikan duit belanja sekolah.seperti mana yang kita dapat.

Kalau adapun mungkin tidak sebanyak seperti murid-murid yang lain. Disebabkan itu, ada antara kawan kita dahulu sanggup mengikat perut dan tidak makan pada waktu rehat kerana tidak mempunyai wang.

Kita yang mendengarnya pun tentu akan merasa sebak dan mengalirkan air mata.Begitu juga dengan perkongsian yang hendak kami ceritakan pada kali ini. Satu perkongsian yang akan buatkan kita merasa sebak dan mengalirkan air mata. Mana tidaknya, dalam kita memberi duit belanja sekolah kepada anak-anak rupanya ada yang kurang bernasib baik dan tidak ada duit belanja sekolah.

Baca juga: 5 Resepi spaghetti bolognese simple, Olio Dengan Ayam, Heinz Cream, Carbonara Sauce

Perkongsian kali ini dari sebuah facebook iaitu Mutiara Hikmah iaitu mengenai satu video yang mana kanak-kanak menanagis sambil menceritakan kepada ibu bapanya mengenai kawan dia yang tidak mempunyai duit belanja dan dia memberikan duit belanjanya kepada kawan tersebut. Apa yang mmebuatkan para netizen menjadi lebih sebak ialah kanak-kanak tersebut bercerita sambil menangis dan mempunyai rasa simpati terhadap kawan dia yang susah.

Sikap seperti ini mmebuatkan netizen merasa kagum kerana walaupun masih kecil tetapi kanak-kanak tersebut telah mempunyai sikap ingin menolong dan membantu mereka yang lebih susah. Video tersebut telah mendapat lebih 400 ribu tontonan dan lebih 400 komen dari netizen

Apa Kata Netizen??

Menjengah ke runagan komen rata-rata netizen meninggalkan pelabagai komen, ada yang bangga dengan sikap kanak-kanak tersebut, ada juga yang sebak mendengar kisah kanak-akank tersebut

“Mak ngan Bapak nya Baik….Anaknya pun Baik & pemurah la…Syabas untuk keluarga ni….Moga murah rezeki”

Belanja Sekolah

Allahu dapat rasa, sedihnya sayang, kalau achik lah kawan awak sampai tua achik ingat jasa awak syg,semoga menjadi anak yang solehah ❤️

Belanja sekolah

Terbaik.. didikan Ibu bapa berjaya membentuk seorang anak yang tahu berbagi dan empati dengan kesusahan orang lain.. syabas dan tahniah…

Belanja Sekolah

Kesimpulanya, kanak-kank ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkanya. Justeru itu, kitalah yang mendidik anak-anak supaya menjadi seorang insan yang berhati mulia. Justeru itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Perkongsian dariapa yang diceritakan oleh kanak-kanak ini menunjukkan bahawa dia telah di didik dengan sikap mebantu orang yang lebih susah sejak dari dahuu lagi. Justeru itu, tidak hairanlah jika netizen kagum dengan hasil didikan yang diberikan kepada daripada kedua ibu bapanya

Rujukan: Mutiara Hikmah

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0