in

Amar Baharin bengang tak dibenarkan buat penggambaran di rumah sendiri, ramai cuba cari salah

Amar Baharin bengang tak dibenarkan buat penggambaran di rumah sendiri, ramai cuba cari salah

Amar tegur sikap JMB yang sengaja cari masalah.
SUSULAN kes mahkamah melibatkan pengacara Awal Ashaari dengan pihak pengurusan rumahnya, pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah yang sama dengan pihak perumahannya.

Menurut Amar, pihak badan pengurusan atau joint managemnet body (JMB) di kawasan rumah miliknya yang terletak di Semenyih sengaja mencari masalah apabila dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premis sendiri.

Isu mula timbul apabila JMB sengaja membangkitkan isu kecil sedangkan Amar sendiri sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan penggambaran dari pihak pengurusan rumah.

BACA : Gempar! Najib sudah ada isteri kedua? Ada yang sangsi, foto mesra mungkin ‘photoshop’

“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.

“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya.

Amar berharap pihak JMB boleh memberi kerjasama baik.

“Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.

Dalam perkongsian yang dibuat itu, Amar turut mempersoalkan hal dirinya sebagai pemilik rumah berkenaan.

Dalam masa sama Amar tegas menyifatkan tindakan tersebut sebagai salah satu perbuatan gila kuasa pihak berkenaan.

JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri… Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar
AMAR BAHARIN

PELAKON

“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.

“JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri… Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” ujarnya.

Sementara itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini turut mengingatkan supaya sentiasa mengeratkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.

“Kita hidup berjiran, fikir macam mana hendak eratkan silaturrahim dan bukan bila ada kuasa di sesebuah kawasan hanya mahu cari salah orang lain.

Amar Mohd Baharin (lahir 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan dan Hati Yang Dikhianati. Sepanjang kerjaya lakonannya, Amar dikenali dengan melakonkan watak lelaki romantis dan suami orang dalam kebanyakan drama lakonan beliau meskipun tidak memenangi sebarang anugerah untuk hasil kerja lakonannya.

Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, kepada pasangan Mohd Baharin Amir dan Nor Hayati Abd Aziz. Mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu, Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di berikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0