in

Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK,Gadis Sabah Angkat Etnik Murut Nabai

Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK,Gadis Sabah Angkat Etnik Murut Nabai

Bukan kerjar publisīti, Nur Liyana bangga bergaya busana Murut Nabai di rantau orang.

Demikian tutur Nur Liyana Razali, 26, gadis keturunan Murut yang tular di media sosīal lantaran mengenakan pakaian tradisional Sabah ketika majlis konvokesyennya di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai

Musim konvokesyen kini bukan hanya dilangsungkan di Malaysia tetapi juga di universiti seluruh dunia. Pelbagai kisah unik mengenai para graduan tempatan pernah REMAJA laporkan dan kisah terbaru ini tidak kurang menariknya.

Gadis yang dikenali sebagai Nur Liyana Razali ini telahpun menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom. Menariknya,gadis berketurunan Brunei-Murut ini menjadi tular setelah fotonya berpakaian tradisional yang bercorak ‘linangkit’ pada hari majlis tersebut telah mencuri perhatian warganet terutamanya dari Sabah.

BERBUSANA TRADISIONAL TERIMA IJAZAH

Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana. Namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik ini. Sambil itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat di Sabah yang memberikan galakan kepadanya setelah dia tular.

Kongsi Nur Liyana, sebab utama dia mengenakan pakaian tradisi wanita dari suku kaum Murut itu adalah untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah di negara asing.

Nur Liyana sepatutnya menerima ijazah pada 2020 tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Nur Liyana kini dilaporkan bertugas sebagai seorang pelatih pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, di sana terdapat lebih kurang 33 etnik di Sabah yang telah dikenalpasti. Selain itu, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang pelbagai, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih ditutur secara meluas di sana.

Sumber:Utusan Borneo, majalahilmu.com

BACA : Bsarnya Png0rbananmu, Suami MninggaI, Anak MeIecur Rumah Tbkar Ktika Ba1ki Dpur Gas

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0