in

Bercinta Selepas Nikah (Kisah Cinta Antara Benua Yang Sangat Sweet)

bercinta selepas nikah

Bercinta selepas nikah memang masih ada dalam masyarakat Melayu sehingga sekarang. Konsep bercinta selepas berkahwin ini biasanya mempunyai kisah yang tersendiri disebaliknya yang penuh dengan suka duka, kenangan manis dan sebuah hubungan cinta yang sangat bahagia.

Setiap pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya telah tertulis bagaimana kesudahan kisah kita di akhirnya sama ada kesedihan atau kegembiraan dan inilah kisah bercinta selepas nikah.

Perkongsian dari seorang lelaki di Facebook telah menarik perhatian ramai apabila kisah cintanya yang romantis dikongsikan yang mana dia memperisterikan gadis yang baru dikenalinya selama tiga hari sebelum terus melamar cinta hatinya itu.

berkahwin dulu baru bercinta
Sumber : Jeroong Wia

Semuanya menjadi kenyataan selepas pasangan ini yang dikenali sebagai Azim dan Haliza menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama 10 bulan yang kemudiannya diijabkabulkan menjadi pasangan yang sah iaitu suami isteri dikongsikan oleh Jeroong Wia.

Kisah Cinta Romantis Bercinta Selepas Nikah

Bercinta selepas berkahwin dan selamat tinggal isteri

Perkenalan kami 10 bulan yang lepas. Sewaktu itu aku masih berkeliaran di Thailand tanpa hala tuju. Sewaktu dalam perjalanan bus menuju ke Koh Samui dari Chiang Mai, isteri kepada rakanku memberitahu ada seorang rakan sekerjanya yang sukakan baca pengalaman dan tips yang aku tulis, dan selalu “follow” tentang kisah aku di Facebook.

“Aku rasa member aku tu minat kat mu. Dia pon misi gak macam aku. Kerja lain department di Hospital Kota Bharu.” Yeen Bong memberitahu aku tentang si gadis itu.

Tiba sahaja di rumah di Kelantan, aku terus membuka profile si gadis tersebut. “Gadis Traveller” nama nya di profile pada waktu itu. Ternyata gadis ini gemar mengembara jua.

Lalu segera aku menambah menjadi rakan dan mendapat message pertama dari dia mengucapkan terima kasih kerana sudi add.

perkahwinan yang bahagia
Sumber : Jeroong Wia

Dan dari situ lah perkenalan kami. Kami berbalas message sehari atau dua hari (aku jenis yang tak suka main text jadi reply sikit-sikit sahaja).

cerita baru kahwin
Sumber : Jeroong Wia

Selepas hari kedua atau ketiga berbalas text, aku terus minta nombor phone si gadis traveller itu. Sejurus dapat sahaja number si gadis itu, aku terus whatsapp menyatakan tujuan sebenar aku.

Aku serius ingin menjadikan si gadis ini sebagai zaujah hidup aku. Dan apa yang mengejutkan adalah balasan text itu “datang lah ke rumah jika benar ingin menghalalkan saya.”

cerita romantik
Sumber : Jeroong Wia
kisah romantik selepas nikah
Sumber : Jeroong Wia
cerpen cinta selepas kahwin sweet
Sumber : Jeroong Wia

Jatuh jantung. Gugup. Aku terus menyatakan hasrat ini kepada orang tua ku.

“Ma, abe nak kawin. Jom pegi rumah dia untuk mengenal.”

“Siapa?” Tanya mama ku kebingungan.

“Abe pon tak kenal. Jom lah esok. Nanti malam nie abe bagitau abah.”

cerpen cinta selepas nikah
Sumber : Jeroong Wia
cerpen cinta sweet
Sumber : Jeroong Wia
cerpen kahwin
Sumber : Jeroong Wia
cerpen online cinta selepas kahwin
Sumber : Jeroong Wia

Maka esok aku bertandang ke rumahnya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Persetujuan dari dua pihak dan selepas dua hari kami terus bertunang. Keesokan harinya aku ke Sabah seketika dan terus ke New Zealand selama beberapa bulan.

Dan tunang aku pada ketika itu dalam persediaan ke Saudi. Seminggu selepas aku di New Zealand, tunang aku terbang ke saudi bagi memulakan tugasnya sebagai Ketua Jururawat di Hospital Saudi.

Maka PJJ kami berlangsung selama 10 bulan sehinggalah satu tarikh diputuskan untuk majlis pernikahan.

cerpen sweet
Sumber : Jeroong Wia

Alhamdulillah, kami telah dihijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri.

Seminggu selepas majlis kahwin, aku dan isteri terus terbang ke Turkey bagi kembara honeymoon. Segalanya aku buat seperti cara aku dahulu kecuali penginapan. Naik bus, turun bus, bagpack digalas 15 kg dibelakang. Berjalan ke sana sini.

kehidupan selepas kahwin
Sumber : Jeroong Wia

Dan kembara honeymoon kami merentasi 6 negara di Balkan berjalan lancar walau agak penat. Sejurus pulang ke Malaysia, masa berbaki 3 hari lagi untuk isteriku terbang ke Saudi bagi menyambung tugasannya.

Hari ini, mata aku terkebil-kebil melihat susuk isteri mengalir air mata di airport meninggalkan suami. Semoga suatu hari nanti kita kan bersama di sana.

nikmat cinta selepas kahwin
Kerana tugas dia terus melangkah. – Sumber : Jeroong Wia

Aku bekerja di Jepun sekarang dalam bidang pelancongan dan isteri di Saudi sebagai jururawat. Ternyata inilah PJJ ANTARA BENUA yang terpaksa kami tempuhi.

Kembara honeymoon kami adalah proses bercinta dan mengenali diri antara satu sama lain. Adakah itu dinamakan bercinta selepas berkahwin? Semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah.

kalau dah jodoh
Gambar kami sebelum dia terbang ke Arab Saudi. – Sumber : Jeroong Wia

P/S: segala screenshot perbualan perkenalan pertama aku boleh dilihat di photo. Dan apa yang aku tulis ini adalah benar segalanya bagi tatapan anak cucu kelak bagaimana ayah dan ibunya bertemu. Segalanya adalah jodoh dan takdir.

Inilah yang dikatakan jodoh dan rezeki yang Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Kepada yang masih mencari jodoh jadikan cerita ini sebagai inspirasi ketika sedang dalam pencarian seorang wanita istimewa untuk dijadikan isteri.

Baca juga : Jodoh Itu Rahsia Allah Selepas Kenal Sehari Terus Kahwin

Ada baiknya bercinta selepas nikah, hanya mereka yang melaluinya pasti tahu betapa indahnya percintaan selepas berkahwin.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments