Viral di laman sosial satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan penyokong Pakatan harapan berarak di sebelah Masjid Seri Putra, Bangi, yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Melalui rakaman video tersebut yang dipaparkan di laman Facebook dan juga akaun Twitter milik Datuk Seri Najib mengatakan bahawa sekumpulan orang berarak itu berserta membunyikan hon kenderaan tersebut adalah penyokong Pakatan Harapan (PH).
Ketika kejadian tersebut Datuk Seri Najib bersama orang ramai dan juga jemaah masjid itu sedang menunaikan solat Asar dan sekumpulan penyokong PH seperti sengaja membuat bising serta membunyikan hon masing-masing seolah-olah sedang membuat perarakan.
Berikut adalah status Datuk Seri Najib menerusi akaun laman sosial miliknya :
Masya-Allah.
Begitulah tahap mentaliti Pakatan Harapan.
Mereka bertindak biadab ketika kami sedang solat Asar di Masjid Seri Putra, Bangi hari ini (semalam).
Moga Allah mengampuni mereka.
Masya-Allah.Begitulah tahap mentaliti Pakatan Harapan.Mereka bertindak biadab ketika kami sedang solat Asar di Masjid Seri Putra, Bangi hari ini.Moga Allah mengampuni mereka.
Posted by Najib Razak on Sabtu, 23 Februari 2019
Rakaman video yang berdurasi 26 saat itu kemudiannya menjadi viral sehingga menjadi topik hangat di laman sosial malahan turut dikongsi oleh ramai netizen serta menunjukan ratusan ribu tontonan.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut turut mengecam tindakan semua individu terbabit yang menganggap mereka seolah-olah langsung tidak sensitif dengan keadaan yang mana di kawasan itu adalah masjid atau rumah ibadah.


Ramai netizen berpendapat tindakan sebegitu telah menganggu ketenteraman jemaah masjid yang ketika sedang menunaikan solat malahan perkara sebegini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh dan seharus diambil tindakan yang wajar, kata netizen.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kejadian ini berlaku mungkin tidak disengajakan atau ia berlaku di luar kawalan mereka. Apa sekalipun pendapat masing-masing, perkara sebegini seharusnya diambil perhatian sedangkan masjid hanya di sebelah mereka tidak bermakna merek boleh bising sesuka hati.
Sebagai rakyat Malaysia, kita telah pun diajar sejak dari sekolah rendah lagi supaya hormati-menghormati antara satu sama lain tak mengira bangsa dan agama. Jadi, setiap orang haruslah mempunyai sikap sebegini supaya hidup kita aman dan makmur. Skema tak?
Loading…