Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri adalah merupakan seorang pelakon dan juga pengarah filem yang sememangnya terkenal di tanah air. Siapa sangka, walaupun terkenal dengan bakat beliau dalam industri kreatif bukannya dalam bidang pendidikan, namun beliau menyimpan impian untuk mendirikan sebuah sekolah pendidikan khas.
Sebenarnya impian yang beliau simpan bersama isteri untuk membuka sekolah pendidikan khas ini bermula apabila beliau dihadirkan seorang anak istimewa yang dinamakan sebagai Ahmad Firdaus.
BACA JUGA: Polis tunggu depan sekolah, ramai luah rasa lega -“Mujurlah, selamat sikit”
Impian Dirikan Sekolah Pendidikan Khas Tercapai
Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan isterinya, Amy Aziz, menzahirkan rasa syukur apabila impian untuk mendirikan sekolah pendidikan khas kini telah tercapai. Mereka telah berjaya menjalinkan kerjasama beberapa tadika swasta yang lain untuk merealisasikan hasrat besar ini.
“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.
Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk anak saya, Ahmad Firdaus . Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya,” ulas beliau.
Dengan usaha ini, beliau berharap akses terhadap sekolah pendidikan khas dapat diperluaskan khusus untuk kanak-kanak yang memerlukan. Beliau percaya anak-anak istimewa memerlukan sistem pendidikan khas yang sistematik dan komprehensif bagi mendidik mereka berdikari terutamanya dalam aspek pengurusan diri.
Sebagai bapa kepada anak istimewa, beliau sangat memahami kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh golongan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sepertinya dan tidak mahu mereka mengalami kesusahan yang sama.
Sekolah Pendidikan Khas Yang Ditubuhkan Menyediakan Pelbagai Kemudahan
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh beliau dalam sebuah hantaran di akaun Instagram beliau.
Melalui hantaran tersebut, beliau juga telah berkongsi mengenai kemudahan yang turut disediakan oleh sekolah tersebut.
“Saya juga mahu menyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan program sokongan bersama komuniti ibu bapa yang ada anak istimewa.
Dan juga menyediakan latihan untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program kekeluargaan dari masa ke masa,” tulis beliau.
Berhasrat Untuk Membuka Beberapa Cawangan
Beliau juga menyimpan hasrat untuk mengembangkan inisiatif ini ke seluruh Malaysia dan memohon doa agar semua urusannya dipermudahkan dan dapat dilaksanakan sebaiknya.
Sumber: https://viralmalaysiaku.com/
Loading…