in

Buang Kereta BMW Dalam Sungai Sebab Protes Ibu Bapa Tak Beli Jaguar

buang BMW dalam sungai

Akibat tidak berpuas hati dengan hadiah sebuah kereta jenis BMW mewah yang diberikan oleh kedua ibu bapanya, seorang pemuda telah mengambil tindakan yang tidak sepatutnya apabila dia membuang kereta tersebut ke dalam sungai sebagai tanda protes kerana ibu dan bapanya tidak memenuhi kehendak dan impiannya.

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Akash dan berasal dari Haryana, India itu pada mulanya menginginkan hadiah hari jadi dari ibu bapanya sebuah kereta Jaguar, namun dia dihadiahkan dengan kereta BMW M3 yang menyebabkan dia mengambil keputusan membuang kereta tersebut ke dalam sebuah sungai.

Menurut laporan The Times of India, sebagai tanda protes kepada kedua orang tuanya, Akash turut merakamkan sebuah video ketika dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai dan seterusnya menghantar rakaman video tersebut kepada orang tuanya yang pastinya akan terkejut dengan tindakan berani anaknya itu.

Rakaman video yang memaparkan bagaimana sebuah kereta BMW terapung di dalam air jadi tular selepas ia dimuat naik di laman sosial sehingga menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata diantara mereka mengecam tindakan Akash itu.

Walau bagaimanapun, menurut Pegawai Polis Chhachhrauli iaitu Mukesh Kumar berkata, sebelum ini Akash telah pun dihadiahkan dengan sebuah kereta jenis Toyota Innova oleh keluarga mentuanya, namun kereta tersebut telah dijual oleh kedua ibubapanya dengan tujuan untuk membeli kereta BMW.

Perbuatan Akash menyebabkan ibu bapanya mendedahkan bahawa Akash mengalami masalah psikiatri serta turut menunjukkan laporan perubatan milik Akash. Bapa Akash pula, Sanjeev Kumar mengatakan kejadian itu berlaku adalah disebabkan anaknya ingin mengelak daripada melanggar seekor kijang.

Menurut bapanya lagi, mereka juga mempunyai dua buah jenis kereta iaitu BMW dan Swift tetapi anaknya itu dikatakan tidak pernah meminta untuk dibelikan kereta Jaguar seperti yang ditularkan.

BMW mahal
Kereta BMW bernilai lebih kurang RM200K dan Jaguar hampir RM300K di India.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan di laman YouTube, kereta BMW tersebut dibawa keluar daripada sungai setelah dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung dan juga orang awam yang bertindak menyelam serta membantu mengeluarkannya dengan menggunakan jentera.

Ramai yang menyatakan, hanya mereka yang kaya sahaja yang sanggup membuang duit atau kereta sebegitu, jika seseorang itu tahu menilai tentang barangan yang mereka dapat pasti ia tidak akan dibazirkan begitu saja.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0