in , , ,

Hasilkan Ubat Batuk Sendiri Dengan Bahan Semulajadi Guna Nenas Untuk Dewasa & Bayi Umur 6 Bulan Ke Atas

Ubat batuk tradisional

Apabila batuk berpanjangan pasti pesakit tidak akan selesa dengan keadaan itu dan mencari cara bagaimana untuk meredakan batuk yang berkahak. Sebenarnya, bermacam cara untuk hilangkan batuk, baik dari segi petua tradisional, ubat farmasi atau dengan cara semulajadi buat ubat batuk sendiri.

Perkongsian wanita ini, Puan Norashikin Binti Hassan telah berkongsi bagaimana untuk membuat ubat batuk sendiri secara semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet. Selain dari murah, ia juga sedap untuk dimakan yang dijadikan sebagai ubat.

Jom ikuti perkongsian beliau cara merawat batuk dengan berkesan menggunakan buah nenas sahaja.

Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi

Cara buat ubat batuk sendiri
Nenas sangat sedap kaya dengan nutrien dan baik untuk kesihatan.

“Sesiapa yang kurang yakin dengan ubat semulajadi, boleh je makan ubat dari klinik, yang penting dapatkan nasihat doktor dulu. Saya memilih yang alami. Ubat ini sesuai untuk bayi umur 6 bulan ke atas atau yang sudah mula makan solid food.

“Namun ia bergantung pada individu juga. Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa. Macam makan ubat-ubat lain juga lah kan. Ok, Selamat Mencuba! Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.”

Jenis Nenas
Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara.

1. Buang kulit nenas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi
© Norashikin Bt Hasan

2. Potong kiub, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. Saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dengan madu.Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan campur sekali dalam blender.

Ubat batuk legakan tekak bayi
© Norashikin Bt Hasan

3. Blend sampai halus. Tapis.

Hilangkan batuk berkahak
© Norashikin Bt Hasan

4. Ini hampas nenas setelah ditapis.

Petua hilangkan kahak dan gatal tekak
© Norashikin Bt Hasan

5. Ini hasilnya.

Ubat batuk semulajadi
© Norashikin Bt Hasan

6. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.

Cara menghilangkan kahak kanak-kanak
© Norashikin Bt Hasan

Ada 2 jenis penapis saya guna.

Petua cairkan kahak untuk orang dewasa
© Norashikin Bt Hasan

7. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah.

Ubat batuk paling mujarab
© Norashikin Bt Hasan

Peringatan!

Siap dimasukkan dalam botol tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak.

Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh. Mak ayah pun boleh join minum ni.. walaupun tak batuk. Ajaib kan.

BACA JUGA : Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan Dengan Limau Kukus Resepi Perubatan China Terbukti Mujarab

Saya guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dengan madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dalam botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dalam picagari ketika ingin diberikan kepada anak.J us nenas disinergikan dengan madu. Jadilah ubat batuk. InsyaAllah mujarab.

Jumlah Dos

Cara menghilangkan batuk
© Norashikin Bt Hasan

Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar (3ml). Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. Si adik suka si abg pun suka.

Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambar. Huhu. Ammar beri Husna makan ubat batuk semulajadi. Jus nenas campur madu. Alhamdulillah, Husna dan Ammar pulih dari batuk selepas 3 hari berturut2 minum ubat semulajadi ini.

Petua hilangkan sakit tekak untuk bayi
© Norashikin Bt Hasan

Cara Penggunaan

Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan. Jangan lupa ya, madu juga baik untuk kesihatan usus, ia kaya dengan vitamin C, malah ia juga adalah antibiotik terbaik untuk tubuh.

Hilangkan batuk berpanjangan dengan cepat
© Norashikin Bt Hasan

Selamat Mencuba!

Semoga bermanfaat kepada semua.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja