in ,

Budak 13 Tahun Dihukum 20 Tahun Penjara Kerana Menembak Lelaki Yang Cuba Untuk Merogol Ibunya

kanak-kanak dipenjara

Apa yang anda akan lakukan kalau penjenayah pecah masuk rumah dan memukul ibu bapa anda? Anda mesti panik, kaku tak tahu nak buat macam mana. Insiden ni berlaku di Mexico dimana seorang budak berusia 13 tahun terpaksa menembak dan membunuh lelaki yang tidak dikenali apabila penjenayah tersebut cuba memukul dan merogol ibunya. Paling menyedihkan, budak ini dikenakan hukuman.

Ingin tolong mak, akhirnya kena hukum penjara

Berita yang melibatkan budak berumur 13 tahun ni telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana menembak dan membunuh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tu juga memukul ibunya dengan teruk serta cuba untuk merogol.

budak
Suspek yang dipercayai telah ditembak oleh kanak-kanak ini.

Selepas mendengar ibunya menangis minta pertolongan, budak itu mengambil senjata kepunyaan ayahnya dan menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan. Lelaki tersebut mati tak lama kemudian.

Tetapi malangnya, kerana tindakan keterlaluan dilakukan serta prosiding kehakiman kanak-kanak itu sebelum ni, dia telah dibicarakan sebagai orang dewasa.

menangis
Kanak-kanak ini dihukum penjara selama 20 tahun atas kesalahan membunuh.

Dia dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana tidak mendapat menyertakan dan mencari bukti kukuh yang boleh melepaskannya dari hukuman penjara itu.

Apa pula pendapat anda? Memang undang-undang sekarang dikatakan sangat kejam, walau bagaimanapun, mungkin juga ada betulnya, kita perlu berhati-hati untuk melakukan sesuatu seperti ini dan perlu bijak berfikir sebelum bertindak.

Sumber: OHBULAN

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0