in ,

“Anak Yang Hebat..” – Video Kanak-kanak Berusia 4 Tahun Pandai Baca Al-Quran Mencuri Perhatian Netizen Yang Kagum Dengan Kebolehannya

Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang membaca Al-Quran jadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian netizen yang begitu kagum dengan kebolehan kanak-kanak tersebut.

Menerusi rakaman tersebut kanak-kanak berkenaan sedang mengaji dengan alunan suara yang jelas serta kefasihannya yang luar biasa yang disifatkan netizen kanak-kanak ini terang hati dan ibu bapanya beruntung serta ‘sejuk perut ibu mengandung’.

Menurut laporan Malaysian Digest, kanak-kanak itu bernama Muhammad Ahnaf dan video tersebut dirakamkan ketika dia membaca Al Quran di sebuah pra sekolah.

Lebih menarik perhatian ramai, Ahnaf membaca Al Quran dengan menggunakan jarinya sebagai penunjuk kepada setiap ayat yang dibacakan yang ramai mengatakan dia seorang kanak-kanak pintar dan comel.

Guru kepada Ahnaf, Wieyna Syazwina yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial sebelum ianya jadi tular dan tersebar dengan cepatnya. Wanita ini juga turut mengakui bahawa dia sangat berbangga dengan pelajarnya itu kerana petah membaca.

Muhammad Ahnaf adalah seorang pelajar yang pintar. Di usia 4 tahun, dia telah pun boleh membaca Al-Quran dengan baik dan fasih.

“Semoga dia membesar menjadi seorang anak yang soleh, pandai dan berjaya di masa hadapan ya sayang,” tulis Wieyna menerusi postingnya di laman sosial.

Beberapa gambar yang menunjukkan Ahnaf sedang membaca Al-Quran dan buku pembelajaran di pra sekolah itu turut disertakan bersama rakaman video tersebut.

Perkongsian Wieyna dengan rakaman video tersebut telah mencuri perhatian netizen sehingga dikongsikan netizen di media sosial dengan pantas selepas ditonton. Malah rata-rata netizen dilihat turut mengagumi dan memuji kanak-kanak istimewa ini serta turut mendoakan kejayaan Ahnaf di masa hadapan.

Segelintir netizen yang dipercayai mengenali keluarga Ahnaf secara dekat dilihat turut memberikan ucapan tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana telah berjaya memberikan didikan yang sangat sempurna sehingga menjadikan Ahnaf begitu pandai dan fasih mengaji Al-Quran.

Semoga adik Ahnaf terus berjaya dan berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa  dan negara.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments