Satu rakaman video yang memaparkan seorang budak lelaki yang dipercayai berusia 12 tahun yang nyaris menjadi mangsa culik sewaktu dia pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) jadi tular di media sosial.
Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang( bukan nama sebenar) ketika itu sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya.
“Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah,” katanya lagi.
Menurut Alang, ibunya selalu berpesan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan jika mendapati ada individu yang mengekorinya.
“Ibu sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami,” katanya.
Naluri tak sedap hati penyelamat. Tindakan pantas budak lelaki berusia 12 tahun mengayuh basikal ke rumah jiran menyelamatkan dia daripada kemungkinan diculik beberapa lelaki yang menaiki van putih di Taman Ayer Panas, Setapak, Jumaat lalu. Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati dengan kehadiran van putih yang diparkir berhampiran rumahnya. Selanjutnya :http://hmtro.com/2hJtXag
Posted by Friends Of Southern on Tuesday, 3 October 2017
Ibunya berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
“Ketika itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.”
“Tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderaan menghampiri Alang. Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.”
“Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Loading…