in

(VIDEO) Viral Budak Lelaki Diugut Guru Tahfiz Wanita Potong dan Bakar Alat Sulit

guru tahfiz ugut budak lelaki

Viral di laman sosial berkaitan dengan seorang guru tahfiz wanita yang dipercayai telah mengugut seorang kanak-kanak lelaki untuk memotong dan mencucuh api pada alat sulitnya akhirnya membawa padah selepas guru terbabit dan seorang lagi guru lelaki turut ditahan polis pada malam Jumaat lalu.

Menurut laporan mStar, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, kedua-dua guru berkenaan yang masing-masing berusia 43 dan 42 tahun yang dipanggil sebagai bonda dan walid itu telah ditahan pada jam 10 malam Jumaat di Kampung Selamat selepas pihak polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak terbabit.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak yang berusia 8 tahun tersebut menyedari bahawa anaknya diperlakukan begitu selepas menerima satu rakaman video yang jadi viral menerusi aplikasi Whatsapp yang berdurasi seminit dan 19 saat.

Melalui rakaman video berkenaan yang memaparkan guru terbabit menarik alat sulit kanak-kanak tersebut sebelum diancam akan dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta akan dicucuh dengan pemetik api.

Malahan, terdapat dua lagi rakaman video yang masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat turut memaparkan mangsa juga dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan juga guru lelaki berkenaan dengan didakwa mangsa telah mencuri makanan.

kes budak lelaki diugut
Klip video viral ini juga tular di laman Facebook dan Whatsapp.

Kemudiannya, si pengadu yang berusia 25 tahun itu yang juga bapa kepada mangsa telah dihubungi suspek dan turut menerangkan bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah sebagai satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan dengan membuang air secara berdiri selain mencuri barang kawan serta tidak membersihkan diri selepas membuang air besar, katanya.

Disebabkan itulah bapa mangsa menjadi berang serta turut kesal dengan tindakan kedua-dua guru tahfiz tersebut serta turut membuat keputusan untuk membuat lapoan polis kerana kejadian berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurut laporan, mangsa sebelum itu pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin walau bagaimanapun, akhirnya dihantar oleh bapanya ke sekolah tahfiz tersebut selepas beliau mendapati mangsa tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran.

Mangsa juga turut mengadu bahawa sakit di bahagian punggung setelah pemeriksaan dibuat selepas di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di atas kejadian tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman klip video kejadian ini telah melepaskan kemarahan masing-masing serta turut mengecam tindakan kedua-dua guru berkenaan serta menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang amat kejam selain perkara itu sepatutnya tidak berlaku terhadap kanak-kanak terbabit.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments