in ,

‘Maaf kerana aku beri sedikit’ – Budak Perempuan Jadi Perhatian Netizen Selepas Derma Ikhlasnya RM4 Untuk Rakyat Palestin

Palestin
Derma untuk rakyat Palestin

Keadaan di Palestin akibat peperangan yang telah berlaku menjadi perhatian serta mendapat liputan meluas dari seluruh dunia. Berbagai pihak dilihat telah menghulurkan bermacam jenis bantuan terhadap warga Palestin secara keseluruhannya kerana simpati dengan apa yang telah berlaku di negara tersebut yang memang harus dibantu.

Terbaru, seorang anak kecil dari Indonesia yang begitu ikhlas ingin memberikan bantuan kepada rakyat Palestin telah mendapat perhatian dari netizen selepas kandungan surat milik kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Naurah itu tersebar di media sosial.

Palestine
Kanak-kanak Palestin.

Memetik laporan Coconuts, kanak-kanak perempuan tersebut jadi perbualan netizen selepas suratnya yang ditujukan kepada saudara seagamanya disiarkan di laman Instagram sehingga ramai netizen memuji-muji kanak-kanak perempuan terbabit.

Melalui laman Instagram dari organisasi amal Indonesia yang dikenali sebagai Aksi Cepat Tangkap (ACT) telah memuat naik dua gambar yang memaparkan derma yang diterima mereka daripada seorang kanak-kanak yang bertujuan untuk memberikan bantuan terhadap rakyat Palestin khususnya.

kanak-kanak Palestin
© ACT

Derma dari kanak-kanak ini dianggap sangat luar biasa selepas bantuan darinya itu berupa duit yang bernilai IRD15,000 bersamaan RM4.45 sahaja dan turut terkandung di dalam sampul surat berkenaan sekeping surat yang dituliskan dengan tangan.

“Maaf ya beri sedikit sahaja, tak ada ATM. Saya nak hantar, tapi saya mahu beri kepada Palestin, tapi saya tak tahu kat mana nak hantar.”

surat adik Naurah
Duit dan surat yang ditulis oleh Adik Naurah. © ACT

“Saya nampak ACT ada alamat. Disebabkan terlalu jauh, saya poskan sahaja. Saya minta maaf kalau jumlahnya terlalu sedikit, tapi saya harap ia dapat membantu,” kata budak perempuan berkenaan.

BACA JUGA : 6 SEBAB PELIK Kenapa Israel TAKUT Dengan Briged Al Qassam. No #4 Sangat WOW

Lebih menarik lagi, turut disertakan dengan satu lukisan yang memaparkan satu bendera Palestin dan juga Indonesia yang telah dilukis bersebelahan sambil terdapat gambar beberapa orang yang dipercayai sukarelawan yang sedang membantu rakyat Palestin.

Lukisan
Lukisan yang dilukis oleh adik Naurah. © ACT

“Isu Palestin telah membabitkan ramai orang tidak mengira umur, bangsa dan kerjaya. Ianya telah jadi sebahagian daripada kehidupan seseorang. Bukan jumlah (derma) yang penting, tapi lihatkan kanak-kanak pun terdorong untuk bertindak,” jelas Iqbal Setyarso, Timbalan ketua Jabatan Komunikasi ACT.

bantuan palestin
© ACT

Ramai netizen yang mengikuti perkembangan ini dilihat begitu kagum dengan tindakan kanak-kanak ini yang disifatkan mempunyai kesedarans erta sikap prihatinnya yang sangat tinggi walaupun beliau masih kecil lagi.

“Salute untuk adik Naurah. Respect.”

“Semoga anda nanti membesar menjadi seorang wanita yng solehah dan berguna kepada masyarakat.”

“Kita kalah dengan budak sekecil ini.”

“Jangan menilai wang darinya, tetapi niat murninya yang ingin membantu saudara-saudara seagama di Palestin.”

Sikap positif yang ditunjukkan adik ini haruslah dicontohi oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa dan negara. Tahniah adik Naurah kerana menderma kerana derma anda itu sangat ikhlas dan pasti dapat pahala.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments