in

(VIDEO) Budak Lelaki Tertelan Wisel Membunyikan Hon Setiap Kali Bernafas Jadi Tular

Viral di media sosial baru-baru ini tentang seorang budak lelaki yang berusia 8 tahun daripada Argentina utara-barat Tucuman yang terpaksa menjalani satu pembedahan selepas dia dikatakan tertelan wisel kecil yang terdapat pada sebuah alat permainan.

Menurut laporan Metro, wisel tersebut dikatakan tersangkut di bahagian tekak kanak-kanak berkenaan dan akan terus berbunyi setiap kali mangsa menghela nafasnya.

Menurut Dr Santiago Gomez Zuviria yang bertanggungjawab merawat kanak-kanak terbabit terpaksa membuat satu pembedahan kecil untuk mengeluarkan wisel tersebut.

Sebelum pembedahan tersebut dijalankan, Zurivia dikatakan telah merakamkan bunyi yang dikeluarkan sewaktu kanak-kanak tersebut menarik nafasnya dan turut memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial Facebook untuk memberi peringatan kepada semua ibu bapa.

Walau bagaimanapun, selepas video tersebut dimuat naik tanpa disangka ianya jadi viral dan menarik perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka menganggap kejadian itu sungguh melucukan serta telah ditonton oleh ramai orang yang berjumlah lebih dari 9 juta kali tontonan.

Dalam rakaman tersebut, Zurivia telah menjelaskan kepada semua penonton bahawa tujuannya itu bukannya mahu mempersendakan kanak-kanak terbabit tetapi lebih kepada sebagai peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana supaya terus berhati-hati dengan kejadian ini supaya tidak lagi berlaku kepada orang lain, jelasnya.

Kanak-kanak tersebut yang kini jadi terkenal dilaporkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan telah pun dibenarkan keluar dari hospital itu selepas mendapatkan rawatan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0