in

Budaya Makan Komisyen Merosakkan Negara Dan 4 Kesan Buruknya

Makan Komisyen

Budaya Makan Komisyen atau orang tengah mengambil komisyen walaupun dia tidak buat kerja merupakan satu budaya yang sedang berlaku di negara kita.

Tidak dinafikan dalam kebanyakkan sektor sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Apabila dapat sesuatu dana, dari atasan untuk diberikan kepada kepada kontaktor atau mereka yang di berikan tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu projek yang telah diberikan  tetapi apabila dana tersebut diserahkan kepada orang bawahan, mereka mengambil komisyen atau dalam erti kata lain makan komisyen walaupun mereka tidak melakukan projek tersebut.

Makan Komisyen

Budaya Makan Komisyen Sesuatu Projek Menjadi Semakin Parah Dan Sudah menjadi Kebiasaan

Apa yang lagi teruk ada yang membahagikan dana yang telah mereka dapat dengan sesama mereka dan baki akhirnya baki yang telah mereka bahagi tadi barulah bagi kepada kontraktor yang sepatutnya menjalankan projek tersebut.

Akibatnya, kontraktor terpaksa menjalankan projek tersebut dengan dana yang kecil disebabkan orang tengah makan komisyen dan projek yang dijalankan pula tidak mempunyai kualiti seperti yang diharapkan atau dalam erti kata yang lain projek yang dijalankan tidak mempunyai kualiti.

Makan Komisyen

Budaya makan komisyen ni bukan sahaja berlaku pada sektor swasta tetapi juga berlaku dalam sektor kerajaan. Tidak dinafikan ada segelintir pegawai dan staff yang berkerja dalam jabatan kerajaan gemar mengambil komisyen dari dana yang telah diberikan oleh kerajaan bagi menjalankan sesuatu projek walaupun dia tidak terlibat dalam menjalankan projek tersebut. Ia ada dikongsikan dalam page Lando Zawawi Vrus mengenai perjalanan dana yang telah dapat oleh jabatan kerajaan.

Ia Boleh Memberikan Kesan Buruk Kepada Negara

Budaya sebegini sebenarnya bukanlah satu budaya yang elok. Jika dibiarkan, lama kelamaan iya akan merebak lebih teruk dan menjadi lebih parah lagi. Selain itu, ia juga boleh memberikan pelbagai pelbagai kesan buruk kepada negara. Antaranya ialah:

1- Berlaku Penyelewengan Dana

Bila orang tengah tengah terlampau banyak sangat makan komisyen,ia boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dana. Akibatnya, dana yang sepatutnya dapat kepada mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan projek tersebut tidak dapat diberikan dan projek tersebut tidak dapat dijalankan dengan sempurna atau lebih parah ia akan menyebabkan berlakunya terbengkalai.

Makan Komisyen

2- Projek Yang Dijalankan Menjadi Tidak Berkualiti

Bila dana tersebut diseleweng dan tidak dapat kepada kontraktor yang menjalankan projek tersebut atau dana yang diberikan tidak mencukupi seeprti sepatutnya, akibatnya, projek yang dijalankan menjadi tidak berkualiti atau dibuat hanya setakat bajet yang mereka dapat sahaja. Ia boleh beri kesan kepada pengguna akhir 

Baca Juga: Resepi Tomyam Thai Pekat Sedap dan Simple (Tom Yam Thailand)

3- Hilang Kepercayaan

Satu lagi kesan jika berlakunya makan komisyen dana, ialah hilang kepercayaan. Jika kerja yang dilakukan cincai sudah pastilah ia akan menyebabkan orang menjadi hilang kepercayaan kepada projek tersebut dan kemungkinan dana tidak akan disalurkan lagi sekiranya berlaku masalah. Selain itu, pengguna juga akan mula hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.

4- Kemajuan Tidak Dapat Dikecapi

Selain itu, ia juga turut memberikan kesan kepada kemajuan sesuatu tempat itu. Mana tidaknya, jika dana yang diberikan itu tidak mencukupi, ia akan menyababkan tidak dapat menampung kos pembanguanan di tempat tersebut dan tidak dapat membaiki segala kerosakkan yang ada di tempat tersebut. Dalam pada masa yang sama, pengguna tidak dapat merasai kemajuan dan tidak mendapat kemudahan yang selengkapnya.

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0