in

Buku Biografi Rosmah Mansor Baru Dilancarkan & Nasihat PM Najib Berkaitan Dengan ‘Haters’ Dimasukkan

Rosmah Mansor
Kredit: World of Buzz

Biografi Rosmah Mansor. Untuk peminat dan pengikut setia isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang disayangi ramai ini, anda boleh dapatkan satu buku biografi yang terbaru daripada Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Ianya merupakan buku biografi yang berilustrasi yang mengandungi banyak lukisan menarik untuk memudahkan semua pembaca lebih memahami kisah hidup dan penulisan dari wanita yang hebat ini.

Rosmah Mansor
Buku Biografi Rosmah Mansor. © Sin Chew

Seperti yang dilaporkan oleh laman WOB, buku berkenaan telah pun diedarkan pada tarikh 9 Disember lalu ketika berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO (PAU) kepada ahli parti serta pelawat yang hadir ke kongres berkenaan.

Buku biografi yang begitu menarik ini menceritakan mengenai kisah hidup Rosmah yang warna warni sejak di zaman mudanya sampailah ketika ini sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Najib Razak.

Najib Razak
© Straits Times

Yang menariknya dengan pengisian buku ini juga turut dimasukkan beberapa siri nasihat daripada Dato’ Sri Najib sendiri kepada isterinya yang disayangi.

Seperti yang anda semua tahu, sejak beberapa lama dulu lagi Rosmah sering dijadikan sasaran serta kecaman netizen yang selalunya mengaitkan beliau dengan berita palsu dengan berbagai jenis kutukan terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, PM Najib mengambil tindakan dengan memujuk isterinya itu serta sering memberikan kata semangat dan nasihat agar isterinya tidak mengendahkan mereka yang mengutuknya.

“Jika 70 peratus rakyat suka kepada awak, maknanya awak telah melakukan yang terbaik. Lupakan yang 30 peratus itu. Jangan bazirkan masa, tenaga dan kehidupan kita hanya untuk berfikir apa yang segelintir orang cakap tentang kita,” kata Najib.

rosmah mansor
© Sin Chew

Ternyata nasihat tersebut adalah sesuatu yang amat berguna untuk Rosmah dan beliau dilihat mengambil kata semangat tersebut sebagai pengiring dalam dirinya untuk terus bersabar dan tabah dengan dugaan sebegini.

Malahan, menerusi buku ini juga turut diselitkan dengan tentang kes pembunuhan Altantuya yang disifatkan berprofil tinggi dan bagaimana Rosmah turut menangani saat-saat genting dalam kehidupannya dengan berlandaskan nasihat tersebut yang menyebabkan begitu banyak tohmahan dan tuduhan serta berita palsu yang membabitkan dirinya.

BACA : Tiada Telefon Pintar, Tidak Tahu Netizen Kutuk Apa, Rosmah Mansor Dedah Rahsia Kebahagiaan

Melalui penulisan buku Biografi Rosmah Mansor, Rosmah turut mengatakan nasihatnya terhadap anak-anak ketika Dato’ Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri agar mereka menjaga segala tingkah laku akibat risaukan ianya akan menjadi bualan dan buah mulut orang ramai.

Biografi Rosmah Mansor
© WOB

“Dunia di luar sana akan memerhati kita dalam diam. Jadi beri perhatian kepada tingkah laku dan sikap anda, jangan sombong dan salah guna status anda,” katanya.

Melalui buku itu juga, ada beberapa info yang turut menyebut tentang sikap Perdana Menteri yang tidak sekalipun memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan dan hanya memberikan kepada mereka untuk keperluan asas sahaja seperti pendidikan, pakaian dan aktiviti-aktiviti lain melibatkan kebaikan dan kesihatan mereka.

Mungkin banyak yang boleh kita ketahui dan pelajari dari buku Biografi Rosmah Mansor ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments