in

Awas! Bulu Mata Gugur Satu Persatu, Nak Cantik Punya Pasal

Baru-baru ini tular di media sosial apabila bulu mata wanita seorang wanita jatuh satu persatu sekelip mata selepas mangsa yang kononnya ingin menyambungkan bulu matanya itu tetapi bulu mata gugur sehingga menakutkan mangsa.

Semua wanita dinasihatkan berhati-hati ketika ingin membuat penyambungan bulu mata dan berjaga-jaga ketika memilih salon untuk perkhidmatan sebegini kerana perkara yang terjadi kepada wanita Australia ini sungguh mengerikan dan menakutkan. Bulu mata gugur kot, sakit weh!

bulu mata gugur

Semua itu bermula apabila wanita itu masuk ke sebuah salon kecantikan di Perth dan berjumpa dengan pemilik salon yang bernama Emma Dhanjal kerana beliau dikatakan terdesak ingin membuat penyambungan bulu mata sebelum hari jadinya tiba nanti.

Namun, semua itu amat mengejutkan dan tidak disangkakan, Emma sungguh terkejut apabila melihat bulu mata wanita terbabit yang dikatakan luruh satu persatu apabila dia cuba menyentuhnya menggunakan penyepit bagi membuat proses penyambungan bulu mata.

wanita ingin cantik

Emma yang amat terkejut dengan kejadian itu turut memuat naik gambar wanita yang bulu mata gugur yang telah rosak dan tercabut itu ke laman sosial serta turut menasihati semua wanita di luar sana agar berhati-hati memilih individu yang melakukan penyambungan bulu mata.

“Dia inginkan bulu mata cantik ketika hari jadinya tetapi saya tak boleh lakukan kerana dia sudah tiada bulu mata lagi.

bulu mata gugur sebab nak cantik

“Bulu mata aslinya rosak teruk hasil khidmat sambungan bulu mata di tempat yang dipergi sebelum ini, ” kata pakar kecantikan itu lagi.

Katanya lagi pelanggannya itu turut mengalami bengkak pada kelopak mata, wanita terbabit harus segera berjumpa dengan doktor kerana risiko dijangkiti kuman dan pasti akan memudaratkan.

bulu mata palsu

“Bulu mata dia mungkin tidak akan terjadi sama seperti asal lagi. Ini bulu mata paling teruk saya yang pernah lihat selama tujuh tahun dalam bidang ini.

“Jangan takut untuk melakukan penyambungan bulu mata tetapi pastikan anda melakukan kajian terlebih dahulu dan mencari pakar kecantikan yang berkelayakan agar bulu mata anda akan bertahan bertahun-tahun tanpa putus,” kata Emma.

Menurut laman Daily Mail, perkongsian tentang penyambungan bulu mata Emma itu telah mendapat perhatian netizen menerusi laman Facebook dan rata-rata netizen turut berkongsi perkara yang sama sebagai cara untuk menasihati semua wanita lain di luar sana agar tidak berlaku lagi kes yang amat mengerikan itu terhadap wanita lain.

Segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama ketika membuat penyambungan bulu mata. Walau bagaimanapun, ini kes bulu mata gugur yang kali pertama mereka dengar, katanya.

Kalau ya pun nak cantik, pastikan jangan jadi lagi kes bulu mata gugur, ngeri dan menakutkan. Jadi, kepada semua wanita yang ingin tampil cantik pastikan anda tidak terlalu teruja untuk melakukan perkara tersebut sebaliknya berhati-hati lebih baik.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0