in

Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Diimport Dari China

cacing dalam tin sardin
Gambar dari Berita Harian

Sardin adalah antara satu makanan utama yang selalunya ada dalam setiap dapur rumah penduduk di Malaysia. Makanan dalam tin ini dijual di semua kedai runcit dan pasar raya serta ia amat mudah didapati selain memudahkan mereka yang ingin mengejar masa untuk memasak makanan segera ini.

Walau bagaimanapun, mulai sekarang anda mungkin tidak lagi mahu makan makanan sardin dalam tin ini selepas anda mendapat tahu tentang berita yang amat mengejutkan ini. Menurut Malay Mail Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) baru sahaja menemui cacing yang sangat berbahaya itu melalui sardin dalam tin.

sardin ada cacing bahaya
Sumber : Berita Harian

Produk sardin tersebut (Sardine Canned Mackerel in Tomato Sauce jenama RANESA) dipercayai telah diimport dari negara China melalui Terminal Kontena Utara Butterworth (NCBT) di Pulau Pinang pada 14 Mei 2018. Cacing berkenaan dikatakan sangat berbahaya kepada kesihatan kita kerana ia boleh menyebabkan wabak penyakit anisakiasis di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtaruddin Husain, pihaknya mendapati cacing tersebut ditemui melalui beberapa pemeriksaan fizikal dan kajian yang dijalankan menerusi sampel yang telah diambil daripada beberapa tin sardin yang dibawa masuk dalam dua buah kontena.

Kedua-dua kontena berkenaan yang mengandungi sardin tin itu dianggarkan beratnya sebanyak 36,720 kg dan bernilai lebih kurang RM200,000.

Namun, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Mokhtaruddin pada 26 Jun 2018 itu menyatakan bahawa kesemua kontena yang mengandungi sardin tersebut telah ditahan dan tidak akan dijual kepada orang ramai.

Anda pastinya tertanya apakah penyakit anisakiasis ini dan dimanakah asalnya penyakit ini.

Penyakit Anisakiasis (Anisakis)
Penyakit Anisakiasis biasanya menyerang di bahagian perut.

Mokhtaruddin turut menjelaskan bahawa jenis cacing yang terdapat dalam sardin itu sebenarnya berasal dari Genus Anisakis SPP yang akan menyebabkan penyakit anisakiasi, penyakit parasit dan ‘zoonotik’ (Zoonotic) yang dibawa oleh ikan inbred.

Jadi, jika kita memakan makanan seperti ikan mentah atau ikan separuh masak yang telah dijangkiti parasit Anisakis SPP, kita akan terdedah kepada penyakit anisakiasis. Oleh itu, kita perlu menjauhi makanan ikan separuh masak atau pun ikan mentah.

Cacing ini sememangnya sangat merbahaya dan akan boleh menyerang di bahagian perut dan usus manusia. Antara gejala dan simptom Anisakiasi adalah seperti di bawah:

  • Sakit Perut
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
bahaya sardin ada cacing dalam tin
Gambar Sardin TLC yang diambil dari KPKesihatan.

Melalui Berita Harian, kes yang hampir sama turut berlaku pada 20 April lalu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan dua produk sardin dalam tin yang dipercayai diimport dari negara China yang berjenama Canned Sardines in Tomato Sauces TL Lan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC ditarik balik daripada pasaran kerana mengandungi cacing yang bahaya.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments