in

Cara Merawat Cagu Kuku Cekam Ibu Jari Kaki Bengkak dan Sakit (Kuku Cengkam Busuk)

cagu atau cengkam kuku ibu jari kaku

Cagu atau kuku cekam yang juga dipanggil cengkam kuku atau kuku cengkam adalah penyakit yang biasanya terjadi di ibu jari kaki yang menyakitkan berserta nanah, darah dan juga berbau busuk yang meloyakan. Penyakit ini berlaku disebabkan penjagaan kebersihan kuku kaki yang diabaikan dan juga memakai kasut yang ketat termasuk tersalah cara memotong kuku.

Akibat cagu pada ibu jari kaki bengkak dan sakit serta kuku tangan sememangnya sangat menyeksakan sehingga pergerakan anda pasti akan terbatas. Kesakitan yang dirasai kerana sakit ini hanya mereka yang pernah mengalami kuku cengkam saja yang memahami.

Cagu Kaki atau Kuku Cengkam Bengkak Busuk

ubat kuku cekam
Cagu kaki sering terjadi pada ibu jari kaki sehingga menjadi bengkak, sakit dan bernanah.

Kuku cekam busuk atau in English dikenali sebagai Ingrown toenail atau Onychocryptosis ini juga ada yang susah sembuh malahan ada pesakit yang menderita sakit cagu ini bertahun-tahun lamanya. Jika terkena, kaki juga amat susah untuk digerakkan dan solat pula pasti terganggu kerana jika tersentuh pasti sakit tak terkata.

Lebih menyeksakan sekiranya kaki kita terlanggar apa saja seperti objek keras dengan tidak sengaja dan sakitnya memang boleh buat kita menangis dan menjerit kesakitan. Dalam keadaan seperti untuk memakai stokin atau memakai kasut juga sangat sakit silap haribulan kuku kaki boleh bernanah dan berdarah.

Cengkam kuku juga turut dikenali sebagai Unguis Incarnatus iaitu sejenis penyakit yang tumbuh di dalam kuku yang dipotong dengan menggunakan sisi salah atau kedua-dua kuku. Kuku yang tumbuh dari dalam kulit atau daging pasti menjadi cagu dan biasanya ia berlaku pada ibu jari kaki.

cara merawat cagu kaki dengan cepat
Kuku cengkam boleh berlaku pada kuku jari kaki atau kuku jari tangan.

Cekam atau cagu kuku bukannya ia betul-betul tumbuh di dalam daging kuku sebaliknya ia berlaku ketumbuhan akibat radang daging di sekitar kawasan kuku. Kuku tersebut seperti tertanam ke dalam atau ke bawah daging yang menjadi radang di sekitarnya.

Punca Cagu atau Cengkam Kuku

  • Potong kuku kaki dan tangan yang salah
  • Memotong kuku dan mengcungkil ke celam atau dalam kulit
  • Pakai kasut ketat dalam jangka masa yang lama
  • Kuku tumbuh tak sempurna dan mencengkam ke dalam kulit daging
tepi kuku bernanah
Cara potong kuku yang salah boleh menyebabkan berlakunya cagu kaki yang serius.

Antara Petua Cagu dan Tips Cekam Kuku

Berikutnya antara petua tradisional mudah cara merawat cagu dengan cepat dan berkesan. Sama ada penyakit kuku cekam anda itu di peringkat awal atau semakin teruk berdarah dan bernanah, anda boleh mencuba semua cara tradisional di bawah.

ubat cengkam kuku kaki bernanah
Daun inai antara ubat terbaik untuk merawat kaki cagu dengan cepat. – Facebook

1. Daun inai boleh digunakan untuk menghilangkan kuku kaki cengkam dengan memakai inai di ibu jari kaki yang sakit atau mana-mana bahagian kuku yang sakit akibat cekam kuku. Tumbuk daun inai dan pakai, kemudian biarkan sehingga ian tersebut kering sebelum ditanggalkan.

2. Santan Kelapa pekat juga boleh digunakan untuk mengatasi kaki cagu. Gunakan segenggam kelapa yang telah siap diparut dan diperah sehingga mengeluarkan santan pekat lalu diletakkan ke atas cagu kaki atau cekam kuku tersebut. Sebaiknya biarkan untuk beberapa lama sekurangnya 30 minit. Kemudian cuci sehingga bersih.

3. Daun keembung putih juga dikatakan sangat baik untuk merawat cengkam kuku. Cara untuk menggunakannya dengan mengambil beberapa helai sebaiknya 10 helai daun tersebut kemudian ditumbuk sehingga halus. Balut daun tersebut pada jari kaki anda yang sakit itu dan kemudian bungkus dengan kain bersama plastik. Biarkan beberapa lama atau sekurangnya satu jam dan ulanginya petua ini sehingga cagu anda sembuh.

4. Cuka epal juga boleh mengubati kuku kaki cengkam hanya dengan mengambil beberapa titik cuka epal yang dimasukkan ke dalam air rendaman kaki sebagai cara untuk mengurangkan jangkitan pada kuku akibat cagu. Cuka epal dikatakan mampu membunuh bakteria dan kuman yang ada pada kuku.

5. Cili kering yang dipotong di bahagian hujung bersama minyak masak mampu mengurangkan kesakitan kerana cekam kuku. Caranya adalah memasukan minyak masak ke dalam cili dengan kuantiti yang tidak melebihi besar cili tersebut.

Kemudian layurkan cili kering itu dengan api lilin, lighter atau dapur gas sehingga menjadi kehitaman. Minyak yang terdapat dalam cili kering itu boleh disapu atau dilumurkan pada bahagian kuku cengkam itu. Sila ulangi petua ini sehingga cekam kuku anda sembuh.

6. Merendam kaki di dalam air garam mampu untuk mengurangkan kesakitan selain dapat menghilangkan kuman dan bakteria. Anda boleh mengamalkan rendaman air garam ini dalam jangka masa 20 sehingga 30 minit untuk melembutkan kuku dan kulit yang bermasalah sebelum anda memotong atau membuang kuku cekam yang sakit itu akibat jangkitan.

7. Lemon atau limau nipis juga boleh mengatasi sakit cengkam kuku kerana cagu pada kaki. Cara untuk merawat adalah dengan menggunakan perahan air limau nipis yang disapukan pada kuku yang telah siap dipotong agar air limau tersebut akan terus meresap ke dalam.

Lemon pula perlu dihiris nipis sebelum diikat pada bahagian kuku yang sakit tersebut. Pastikan anda mengikat hirisan lemon tersebut pada cagu kaki dalam jangka masa semalaman dan ia mampu mengurangkan jangkitan dan juga menghilangkan kesakitan.

rawatan kuku cekam ubat
Potong kuku dengan betul dan jaga kebersihan kaki pasti tiada lagi kuku cekam.

Jagalah kebersihan kuku kaki dan kuku tangan anda agar dapat mengelakkan terjadinya cekam kuku dan kuku cengkam yang sememangnya amat menyakitkan sehingga membataskan aktiviti seharian anda.

Bersihkan kaki anda dan pakailah kasut yang sesuai dan tidak ketat atau sekurang-kurangnya sentiasa memberi perhatian pada kebersihan kuku dan memotong kuku dengan betul. Semoga perkongsian cara merawat cagu kaki ini dapat membantu semua pesakit yang menderita penyakit ini. Semoga bermanfaat.

 

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments