in

Calon SPM Sekolah Ini Beruntung Apabila Dibelanjakan Makan Kenny Roggers & Subway Yang Bernilai RM20,000 Sepanjang Peperiksaan

Pasti ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil peperiksaan yang sama akan cemburu selepas mendapat tahu yang pelajar dari sebuah sekolah ini menerima layanan yang sangat baik apabila semua calon SPM di sekolah tersebut dibelanja makan Kenny Rogers dan Subway sepanjang peperiksaan berkenaan akan dijalankan. Macam tak percaya kan?

Memetik laporan dari akhbar Kosmo, seramai 190 orang calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) AMinuddin Baki diberikan layanan istimewa apabila disediakan sarapan dan makanan untuk tengah hari dengan menu yang sedap sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung sehingga 27 November nanti.

Gambar Hiasan © Kosmo

Antara makanan yang dilihat telah menarik perhatian ramai adalah ayam panggang Kenny Rogers dan juga dari Subway yang turut disediakan sebagai makan tengah hari semua pelajar di sekolah tersebut yang akan mengambil exam SPM pada tahun ini. Pergh!!

Manakala, untuk sarapan pagi pula, pelajar tersebut akan dijamu dengan makanan seperti tart keju, makaroni, mihun goreng dan juga minuman Milo.

Menurut kata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit, idea berkenaan sebenarnya dicetuskan oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SMK AMinuddin Baki yang dikatakan telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM20,000 daripada ibu bapa bagi menampung kos sarapan dan makan tengah hari bagi semua calon SPM sekolah tersebut.

Gambar Hiasan © The Sun Daily
Gambar Hiasan © The Sun Daily
Gambar Hiasan © The Sun Daily

“Perancangan itu telah dibuat dua bulan awal. Kami telah menyenaraikan lebih 30 menu yang berkhasiat dan seimbang. Matlamat kami mahu anak-anak fokus selain ingin menaikkan semangat mereka ketika menjawab soalan,” ujarnya lagi.

Malahan menurut seorang ibu daripada kalangan pelajar tersebut, Rodzian Marhom, makanan percuma yang disediakan oleh pihak sekolah tersebut dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingin seperti keracunan makanan dan sebagainya.

“Diharapkan semua pelajar dapat keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya, mereka sangat bertuah,” tambahnya.

Calon SPM
Gambar Hiasan © The Star

Semua ini jelas membuktikan yang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka sangat tinggi sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang dari poket mereka untuk memenuhi keselesaan anak mereka iaitu calon SPM pada tahun ini. Semoga semuanya berjaya menduduki peperiksaan SPM akan datang dengan tenang. – Media Maklumat

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments