in

Dua Kelibat Lelaki Campak Bom Petrol Di Surau Damansara Damai Ketika Jemaah Sedang Solat Subuh

surau damansara damai

Surau adalah satu tempat suci bagi orang-orang yang beragama Islam yang membuat ibadat. Adalah tidak wajar sekiranya ada sesiapa yang berani mencemarkan tempat tersebut serta turut mengancam jemaah yang sedang melakukan ibadah mereka. Perkara ini harus dipandang serius dan ianya umpama menganggu ketenteraman awam.

Terbaru, Ahad lalu, jemaah Surau Damansara Damai menjadi kecoh selepas menerima serangan dua orang lelaki yang dikatakan mencampakkan bom petrol (molotov cocktail) ke dalam kawasan surau terbabit sewaktu ramai jemaah surau sedang menunaikan solat Subuh.

Menurut laporan MMO, kejadian tersebut berlaku pada kirakira jam 6.15 pagi dan ianya mula disedari oleh salah seorang jemaah apabila terlihat satu kesan terbakar di pintu masuk surau tersebut.

Akibat terkejut dengan keadaan itu, Ahli Jawatankuasa Surau dipercayai telah memanggil beberapa jemaah lain untuk memberikan bantuan memadamkan kebakaran yang berlaku.

surau damansara damai
© Facebook

Menurut salah seorang jemaah yang tidak ingin dikenali, mereka bernasib baik kerana botol arak yang mengandungi minyak tanah serta kain bersumbu yang telah diubahsuai menjadi bom itu didapati tidak meletup. Malahan beberapa jemaah lain juga dikatakan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan saksi, kelibat dua lelaki yang bermotosikal itu bertindak membaling botol arak yang berisi bom petrol tersebut dilihat telah berlegar di luar kawasan surau tersebut ketika kejadian itu berlaku.

surau
© Facebook
surau
© Facebook

Namun begitu, identiti keduanya sehingga kini masih lagi belum dikenalpasti dan pihak polis pada ketika ini masih menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.

Difahamkan, pihak Ahli Jawatankuasa Surau juga tidak dapat memastikan sama ada kejadian berkenaan mempunyai kaitan atau tidak dengan masalah penduduk berhubungan pembinaan kuil di Jalan PJU10/F seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Polsi Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihak polis sehingga kini masih meneliti laporan dari saksi dan juga jemaah surau berkenaan. Kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat menggunakan api.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ianya turut mengancam keselamatan awam dan juga mengakibatkan nyawa, lebih-lebih lagi jemaah surau itu sendiri. Marilah kita saling menghormati dan hidup dalam rukun aman dan damai.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments