in ,

Cara Banyakkan Susu Badan dan Petua Tambah Darah Merah Guna Herba Orang Cina

Penambah darah dan banyakkan susu badan

Pasti ramai orang kita yang mempunyai masalah kekurangan darah merah dan kurang susu ibu sehingga permasalahan ini tiada jalan penyelesaian. Sebenarnya, banyak cara dan petua untuk banyakkan susu badan secara tradisional dan juga dengan memakan makanan atau minuman untuk penambah darah yang boleh diamalkan. Penambah darah alami sememangnya telah terbukti berkesan dan kaedah tambah susu badan juga ternyata mujarab menjadi.

Perkongsian dari Amanda Tan yang juga dikenali sebagai Amoi Jamu ini membuktikan jamu tradisional Melayu dan Indonesia sangat baik untuk diamalkan. Petua jamu yang dikongsikan Amanda pada kali ini adalah Sup Akar Naikamo yang dikatakan sangat berkesan sebagai penambah darah serta perbanyakkan susu ibu dengan cepat apabila anda mengamalkan petua turun temurun orang Cina ini.

Ubat herba cina selepas bersalin
Ubat herba orang Cina sememangnya terkenal antara ubat paling mujarab untuk ibu seleps bersalin.

Menurut Amanda Tan lagi, menu untuk sup herba ini sangat senang dilakukan serta dimasak. Ia sangat sedap serta sangat sesuai untuk seisi keluarga malahan kepada ibu yang sedang berpantang selepas bersalin juga amat sesuai untuk diamalkan bagi mengembalikan kecergasan badan selepas melahirkan anak serta untuk banyakkan susu ibu.

Sup ini juga sangat baik untuk menambahkan kecergasan tubuh, menghangatkan tubuh dan banyakkan susu badan bagi ibu yang sedang menyusu bayi. Ia juga sangat bagus untuk menambah sel-sel darah merah untuk mereka yang kurang darah atau Anemia.

Penambah susu badan
Bahan-bahan untuk Sup Akar Naikamo

Bahan Sup Akar Naikamo:

  • Longan kering – segenggam
  • Kurma cina -segenggam
  • Buah Goji – segenggam
  • Yuk Chuk – segenggam
  • Huai Shan atau dikenali “Naikamo”- 2 batang

Cara Membuat:

banyakkan susu
Huai San atau Naikamo.
  1. Bersihkan setiap bahan bahan.
  2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
  3. Masukkan kesemua bahan bahan kedalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800ml.
  4. Biarkan mendidih di atas api lecil selama 2jam. Jaga jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2jam.

Masukkan garam secukup rasa mengikut tahap kemasinan anda sebelum dihidang. Adalah lebih baik memastikan tidak terlalu masin untuk kesihatan yang lebih baik.

Penambah darah
Sup Herba Akar Naikamo yang telah siap untuk diminum.

Semua bahan boleh agak agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang, kurangkan, ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak agak ikut sukatan yang diperlukan.

Khasiat dan Kebaikan Bahan-Bahan

Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.

Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.

Kurma cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah

Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan

Yuk Chuk – Menguatkan paru paru dan sistem imun badan

Huai Shan “Naikamo”– Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Menguatkan organ limpa.

Sup Akar Naikamo Boleh Diminum Seisi Keluarga:

✔ Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.
✔ Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi
✔ Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel-sel darah merah.
✔ Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah/anemia
✔ Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.

Info Penting

  • Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.
  • Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba
  • dipasaraya atau di kedai tabib Cina.
  • Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran.

Doa Banyakkan Susu Ibu

Selain itu, bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurang susu badan boleh juga mencuba membaca ayat penawar atau doa banyakkan susu ibu seperti berikutnya yang kami kongsikan.

Makanan penambah susu ibu
Doa sebagai ikhtiar untuk tambahkan susu badan. © FB Puan Fitriah Mahmud

Disamping kita berusaha untuk banyakkan susu ibu, jangan sesekali lupa untuk berdoa ye. Sebab setiap usaha kita hanya akan berhasil dengan izin daripadaNYA.

Jadi semua ibu-ibu, setiap kali nak menyusu atau pam susu, amal-amalkanlah doa ni dan juga selawat ye.

Moga-moga anak-anak kecil kita sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0