in

Cara Basuh Baju Putih Guna Sabun Lux Tanpa Perlu Menyental

Untuk mencuci atau basuh baju putih dan menjaga kebersihannya agak sukar lebih-lebih lagi baju sekolah anak yang harus kekal bersih sepanjang masa di sekolah. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam namun sudah banyak cara dan sabun pencuci yang digunakan tetapi keputihan baju tidak seputih mana.

Sebenarnya, cara basuh baju putih dengan menggunakan sabun mandi Lux Rose telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah yang mengamalkan dengan cuci baju sekolah anak mereka dengan cepat dan mudah. Malahan kotoran kuning dan sebagainya terbukti hilang selepas dibasuh menggunakan sabun mandi ini.

tips cuci pakaian sekolah
Setiap pakaian seragam atau baju sekolah perlu dipastikan agar sentiasa putih dan bersih.

Perkongsian wanita atau seorang suri rumah ini telah membuktikan bahawa dengan mencuci baju putih sama ada baju sekolah atau baju apa saja yang berwarna putih dengan menggunakan sabun Lux Rose sememangnya sangat berkesan mampu hilangkan kekotoran dengan hasil yang amat memuaskan hati.

Walau bagaimanapun, untuk mencuci dengan cara yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini memerlukan sedikit kerajinan daripada meeka yang ingin menggunakan tips yang disampaikannya. Tanpa perlu sental dan hanya guna sabun mandi segala kekotoran yang ada pada baju kotor hilang serta merta.

Mulai sekarang semua ibu yang mencuci baju dengan menggunakan sabun peluntur, campuran pewarna nila dan clorox sebagai cara untuk menghapuskan kekotoran dan memutihkan baju, bolehlah mengabaikan cara ini seketika dan cubalah cara ini dan lihat hasilnya nanti.

Cara Basuh Baju Putih Guna Sabun Lux

sabun membasuh baju sekolah
Sabun Lux – Rose yang digunakan untuk membersihkan baju supaya menjadi lebih putih.

Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi. Guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak tinggi atau agak mahal.

Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse. Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih?

tips basuh baju
Baju sekolah yang berwarna putih telah siap dicuci menggunakan sabun mandi jenis Lux Rose.

Nah, ini dia cara-caranya. Anda boleh mencuba menggunakan cara ini untuk uniform anak-anak sekolah nanti. Senang dan mudah saja untuk membuatnya. Sila ikuti perkongsian ini sehingga ke akhir untuk anda memahami bagaimana untuk cuci atau basuh baju putih guna sabun mandi dengan betul.

Saya sangat suka guna sabun Lux Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapalah, saya tidak sesibuk manapun untuk menjadikan itu sebagai alasan untuk basuh baju putih.

Baca : Mengapa Mesin Basuh Perlu Dicuci Selepas Digunakan?

cara basuh baju sekolah putih guna sabun mandi
Anda perlu memarut sabun mandi seperti yang ditunjukkan sebelum mencuci di dalam mesin basuh.
cara menghilangkan kuning pada baju putih yang kusam
Langkah seterusnya dengan memasukkan sabun yang telah siap diparut ke dalam washing machine.

Mula-mula sekali, anda perlu rendamkan baju-baju putih dengan sabun Lux yang telah siap diparut selama satu malam. Saya tambahkan sedikit sahaja dengan sabun basuh baju biasa. Esoknya, terus ON mesih basuh dan perlu sental atau memberus untuk mencuci.

cara nak putihkan baju yang kuning
Untuk lebih kekal putih, anda disarankan merendamkan baju putih bersama sabun Lux semalaman.

Selain daripada sabun Lux untuk cuci baju putih, ada beberapa jenis lagi sabun mandi yang dikatakah boleh digunakan membersihkan baju yang berwarna putih. Antaranya seperti sabun Fruitale dan beberapa lagi. Kegunaan sabun mandi pada masa ini adalah untuk membersihkan baju selain untuk mencuci tubuh badan.

Mulai sekarang semua ibu-ibu yang selalu pening kepala memikirkan bagaimana cara basuh baju putih supaya kelihatan lebih putih dan berseri pasti berpuashati dengan tips cuci baju sekolah yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini. Baju kotor atau menjadi kuning tidak lagi menjadi masalah besar, gunakan sabun mandi jenis Lux untuk memutihkan baju dan buat seperti perkongsian di atas. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments