in

Cara Bayar Fidyah Online dan Pengiraan Bayaran Tinggal Puasa (2020)

Kadar bayaran fidyah ganti puasa

Bulan Ramadhan akan menyusul tak lama lagi dan puasa wajib diganti bagi mereka yang pernah tidak berpuasa kerana sebab tertentu. Biasanya perkara ini menjadi tanda tanya kaum wanita, bagaimana cara bayar fidyah puasa?

Macam mana nak ganti puasa atau buat bayaran fidyah kerana tidak sempat untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan. Wajib bagi seseorang Islam itu memahami cara kiraan dan bayaran fidyah.

Hal ini tidak boleh dipandang ringan dan kita harus ambil tahu tentangnya tambahan pula ada juga pahala jika dibuat dengan betul mengikut hukum syarak yang ditetapkan dan cara bayar fidyah sebenarnya tidaklah susah untuk dilakukan seperti yang dikongsikan oleh JAKIM.

Maksud dan Cara Bayar Fidyah

Apa itu fidyah? Fidyah adalah merupakan satu jenis denda yang dikenakan ke atas seseorang yang beragama Islam selepas baligh kerana telah meninggalkan puasa wajib atas sebab tertentu atau disengajakan seperti melewatkan puasa iaitu qada’ puasa pada bulan Ramadhan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut jumlah bilangan hari atau puasa yang ditinggalkan. Ia umpama seperti satu tanggungan seperti hutang kepada Allah SWT jika tidak dapat dilaksanakan dengan betul.

Cara Membayar Fidyah

Cara bayar fidyah secara online
Zaman sekarang kebanyakkan orang lebih suka membuat pembayaran menggunakan nilai Ringgit.

Cara bayar fidyah tinggal puasa atau pengiraan fidyah puasa serta bayarannya boleh dilakukan secara online di laman web Pejabat Agama Negeri atau pergi ke Baitumal Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Kadar bayarannya akan berubah mengikut jumlah harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesebuah tempat.

Pengiraan kadar fidyah juga berdasarkan pada kadar harga beras iaitu makanan asasi penduduk setempat. Beras fidyah berkenaan haruslah diberi atau diagihkan kepada fakir miskin. Walau bagaimanapun, biasanya pengiraan kadar bayar fidyah di Malaysia bersamaan satu hari tinggal puasa adalah sama nilai dengan satu cupak beras.

Kemudian, nilai bagi secupak beras tersebut akan ditukarkan kepada bentuk Ringgit yang akan sentiasa berubah-ubah mengikut tahun. Namun, nilai perbezaan bagi antara negeri serta perubahan nilai tidak banyak beza.

Bayar Fidyah Online

Anda juga boleh membuat pembayaran fidyah online mengikut kadar harga yang harus dibayar. Sila rujuk ke setiap portal pejabat zakat negeri atau Pejabat Agama atau Majlis Agama Negeri masing-masing untuk mendapatkan nilai bagi secupak beras supaya anda tahu kadar yang betul ketika ingin membuat pembayaran secara atas talian seperti melalui Maybank2U dan sebagainya.

Berikutnya adalah contoh cara membuat pembayaran fidyah online melalui Maybank2u:

1. Sila klik pada Bill Payment di paparan akaun Maybank2u anda dan seterusnya klik pada Make A One-Off Payment.

Bayar fidyah melalui maybank2u
Perbankan internet seperti Maybank2U adalah antara yang termudah pada masa sekarang.

2. Kemudian sila buat pilihan kepada Zakat & Charity.

Pembayaran zakat di Maybank2U
Sila buat pilihan melalui kategori yang terpilih seperti di dalam gambar.

3. Sila buat pilihan untuk membuat pembayaran kepada Majlis Agama yang berkenaan.

Qada puasa bayaran fidyah guna kalkulator online
Sila rujuk kepada laman web Pejabat Agama Negeri untuk mengira kiraan fidyah anda dengan betul.

4. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai.

Baca: Cara Kira & Penjelasan Berkaitan Persoalan Zakat ASB

Sebab dan Mengapa Perlu Bayar Fidyah

Berikutnya adalah antara sebab-sebab yang biasanya berkaitan dengan fidyah yang harus dibuat oleh mereka yang meninggalkan puasa atau tidak mampu menunaikan puasa wajib pada bulan Ramadhan.

1. Uzur untuk menunaikan puasa wajib

Biasanya mereka adalah terdiri daripada yang menghidapi sakit kuat yang teruk serta turut tidak mempunyai harapan sembuh sepenuhnya atau mereka daripada golongan warga emas atau tua yang tidak dapat berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan mengandung

Perempuan hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlakunya keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang telah ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan anak

Dengan syarat ibu yang merasa risau akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membuat pembayaran fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang atau fidyah puasa orang yang meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyah miliknya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan ganti puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya sehingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya iaitu bulan Ramadhan dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib untuk menggantikan puasa (Qada’) yang telah ditinggalkan. Bayaran fidyah tersebut akan berganda mengikut tahun-tahun yang telah ditinggalkannya itu.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

niat fidyah puasa
Anda perlu tahu harga secupak beras bagi tahun 2018 untuk melaksanakan pembayaran fidyah.

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Secupak beras berapa kg? Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00

Kalkulator Fidyah

Jika anda masih lagi ragu-ragu tentang pengiraan dan cara kiraan fidyah dengan betul, anda disarankan menggunakan kalkulator fidyah online yang disediakan oleh pihak Pusat Zakat Selangor menerusi laman web yang berikutnya, sila klik link di bawah untuk buat kiraan.

Kalkulator Fidyah Online

Berikutnya dikongsikan video cara membuat pembayaran fidyah secara online.

Semoga perkongsian cara bayar fidyah puasa dan cara buat kiraan fidyah ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0