in

Cara Belajar Berenang Yang Betul (Apungkan Diri Dalam Air)

cara belajar berenang dengan betul

Ramai yang ingin tahu cara belajar berenang dengan betul dan berkesan, lebih-lebih lagi mereka yang tidak tahu berenang. Apatah lagi jika pergi bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan, mereka semua mandi di kolam, sungai atau pun pantai dengan apungkan diri di dalam air, sedangkan kita hanya mampu melihat kerana tidak pandai berenang.

Bagaimana nak apungkan diri dalam air supaya tidak lemas dan terapung seperti pelampung? Untuk mengapung diri adalah lebih baik anda tahu tips dan cara belajar berenang terlebih dahulu kerana teknik mengapungkan diri dalam air boleh dilakukan oleh mereka yang tahu berenang kerana untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Cara Belajar Berenang Yang Betul

teknik berenang dan kelas belajar berenang
Belajar berenang yang betul adalah belajar daripada mereka yang tahu berenang.

Walau bagaimanapun, di barat dan mungkin juga ada di Malaysia, ibu bapa mengajar anak dan bayi mereka mengapungkan diri di dalam air terlebih dahulu sebelum mereka tahu berenang dengan betul. Mereka mengajar bayi mereka cara belajar berenang di dalam kolam seperti yang ditunjukkan di dalam video cara berenang di bawah.

Sebelum anda belajar berenang sendiri adalah lebih anda mempersiapkan diri dan juga alat untuk berenang. Alatan perenang yang asas biasanya seperti yang dikongsikan di bawah;

Baju Renang

Kita boleh juga menggunakan baju yang biasa dipakai seharian tetapi anda digalakkan menggunakan baju renang yang khas untuk berenang. Mengapa? Banyak sebabnya, selalunya perenang yang profesional akan memakai baju renang kerana dikatakan lebih ringan dan mudah berenang.

Kaca Mata Renang

Anda disarankan menggunakan kaca mata atau spek mata khas untuk perenang kerana untuk melindungi mata dari air yang terdapat di dalam kolam atau sungai supaya mata anda dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pelampung

Mengapa anda memerlukan pelampung? Pelampung adalah alat yang dikatakan perlu untuk belajar berenang selain memudah anda menyesuaikan diri di dalam air. Walau bagaimanapun, alatan ini bukanlah wajib ada tetapi jika ada ia lebih memudahkan anda untuk belajar selain ia juga sebagai cara berenang agar tidak tenggelam.

Jika anda ingin tahu cara belajar berenang dengan betul, anda memerlukan seseorang yang tahu berenang untuk mengajar anda seperti guru, rakan, keluarga dan sebagainya yang akan menjadi penyelamat anda di dalam air sekiranya anda lemas sewaktu belajar.

Teknik Berenang

Sebenarnya teknik berenang sangat banyak tetapi bagi mereka yang baru sahaja ingin belajar, anda perlu mengetahui teknik asas berenang untuk permulaan. Antara teknik-teknik yang disebutkan adalah seperti yang dikongsikan;

Bernafas

Anda perlu lakukan latihan pernafasan untuk melancarkan proses pengambilan udara sewaktu berada di permukaan air serta cara mengeluarkan udara sewaktu berada di dalam air. Latihan bernafas ini sangat penting sewaktu anda berenang.

Mengapungkan Diri

Ketika anda berenang di dalam air, anda perlu tahu cara mengapung dengan betul supaya anda boleh berenang dengan berjaya. Cara mengapung mempunyai tiga posisi yang berbeza iaitu terlentang, tegak dan meniarap.

Meluncur Laju

Selepas anda boleh mengapungkan diri, anda pasti boleh bergerak di dalam air. Anda wajib belajar cara untuk bergerak atau meluncur laju di dalam air. Posisi ini akan menentukan sejauh mana kecepatan pergerakan anda di dalam air mengikut gaya renang yang dipelajari.

Gaya Renang

cara berenang agar tidak tenggelam
Cara berenang di laut dan di sungai mungkin ada sedikit perbezaan.

Jika anda telah mempelajari teknik asas untuk berenang, sekarang adalah masa untuk anda mengetahui jenis-jenis gaya renang yang popular. Antara gaya renang yang sering digunakan dalam sukan renang adalah seperti berikut:

  • Gaya Bebas
  • Gaya Katak
  • Gaya Kuak Dada
  • Gaya Kupu-kupu

Berikutnya adalah rakaman video cara berenang yang dikongsikan.

Cara-cara Berenang Mengapung atau Apungkan Diri Dalam Air

Semoga perkongsian cara belajar berenang ini dapat membantu anda yang ingin berenang dan menjadi perenang profesional satu hari nanti. Sebenarnya, setiap orang perlu tahu untuk berenang tidak kira sesiapa pun kerana berenang juga mampu menyelamatkan nyawa anda sekiranya ada perkara yang tidak diingin berlaku seperti banjir, lemas dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0