in ,

Cara Berhenti Merokok (Tips Yang Betul Guna Ubat Klinik atau Hospital)

cara berhenti merokok

Masalah utama perokok untuk tidak merokok adalah tidak tahu cara berhenti merokok dengan betul malahan ada yang terima kesan akibat berhenti merokok secara mendadak sehingga sakit, demam, lesu tidak bermaya dan sebagainya.

Sememangnya banyak cara berhenti merokok dan tips berhenti merokok yang boleh dibuat dan diikuti yang dikongsikan oleh ramai orang sama ada dengan petua tradisional atau dengan memakan ubat yang didapati dari farmasi atau hospital.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang gagal untuk berhenti secara sepenuhnya dan untuk selama-lamanya kerana tidak mampu menahan dengan ujian yang kemudiannya mengambil keputusan meneruskan tabiat lama dengan menghisap rokok semula.

Cara baru nak berhenti dari merokok
Elakkan menerima tawaran rokok dari rakan dan orang lain jika anda ingin berhenti menghisap rokok.

Sebenarnya, cara berhenti merokok yang betul boleh diamalkan jika anda tahu caranya seperti yang dikongsikan oleh seorang Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan yang dikenali sebagai Faiz Akmal MFA.

Anda boleh jadikan perkongsian beliau tentang ubat berhenti merokok yang berkesan yang terdapat di Malaysia sebagai rujukan untuk tidak lagi hisap rokok di masa depan.

Tips dan Cara Berhenti Merokok Yang Betul

TAHUKAH ANDA BAHAWA ADA UBAT UNTUK BERHENTI MEROKOK?

Ini adalah salah satu ubat untuk berhenti merokok yang dah pun ada di kebanyakan klinik dan hospital kerajaan seluruh Malaysia sekarang ini.

  • Nama ubat: Varenicline
  • Jenama ubat: CHAMPIX
  • Kekuatan sebiji ubat: 0.5mg dan 1mg
  • Keluaran kilang: Pfizer, Jerman
  • Harga satu kotak ubat: Lebih kurang RM90
ubat berhenti merokok farmasi dan hospital
Champix antara ubat untuk berhenti merokok yang paling berkesan.

Macam mana nak dapatkan ubat ini?

1. Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan yang menawarkan perkhidmatan KLINIK BERHENTI MEROKOK. Daftarkan diri anda.

2. Anda akan diberi kaunseling terlebih dahulu oleh doktor atau penolong pegawai perubatan atau pegawai farmasi berkenaan cara-cara untuk berhenti merokok (tanpa melibatkan ubat).

3. Selepas anda menjalani beberapa siri kaunseling dan temuramah, dan jika anda menepati kriteria yang diperlukan, anda akan dimulakan dengan rawatan UBAT berhenti merokok ini.

4. Anda perlu berjumpa dengan pegawai farmasi untuk mendapatkan khidmat kaunseling ubat ini sebelum diberikan ubat tersebut.

5. Anda perlu tentukan dulu TARIKH BILA ANDA MAHU BERHENTI MEROKOK, dan ubat perlu dimakan 1-2 minggu sebelum tarikh tersebut.

Dalam SATU KOTAK UBAT ini, anda boleh lihat biji-biji ubat yang dah pun disusun dalam papan ubat mengikut MINGGU, HARI, dan MASA. (sila rujuk gambar)

Cara baru berhenti merokok yang terbaik
Sila ikut aturan berserta tarikh yang diarahkan dengan betul, anda pasti berjaya berhenti dari merokok.

Anda tinggal ikut sahaja aturan macam dalam papan ubat itu.

PADA HARI KE 1-3:
Anda perlu makan ubat 0.5mg SEKALI SEHARI (PAGI SAHAJA)

PADA HARI KE 4-7:
Anda perlu makan ubat 0.5mg DUA KALI SEHARI (PAGI & MALAM)

PADA HARI KE 8-14:
Anda perlu makan ubat 1mg DUA KALI SEHARI (PAGI & MALAM)

Perlu diingat, ubat ini sangat bagus dimakan BERSAMA-SAMA DENGAN SEDIKIT MAKANAN.

AMARAN: Ubat ini TIDAK SESUAI untuk pesakit yang ada MASALAH BUAH PINGGANG, WANITA YANG MENYUSUKAN ANAK, WANITA MENGANDUNG, dan KANAK-KANAK.

Kesan sampingan ubat ini biasanya adalah loya-loya, sakit kepala, tak boleh tidur, dan mimpi yang aneh, yang mana ianya tidaklah serius dan itupun bergantung pada setiap orang.

Ini adalah salah satu sahaja dari rawatan ubat untuk berhenti merokok. Dan ubat ini juga TIDAK MENGANDUNGI NIKOTIN.

Kuncinya, hati kena kental dan mental kena kuat jika ingin berhenti merokok.

Amat susah, tetapi tidak mustahil!

SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA YANG TEKAD INGIN BERHENTI MEROKOK!

Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Pegawai Farmasi,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.

Baca juga : BERHENTI Merokok Dekat Orang Yang Tak Merokok! – Lelaki Ini Maut Akibat Hidu Asap Perokok Berlebihan

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok

Usaha untuk semua perokok yang berazam untuk tidak lagi merokok kini semakin mudah apabila kerajaan telah memperkenalkan Klinik Berhenti Merokok (KBM) yang diwujudkan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Perokok yang sukar berhenti secara tiba-tiba dan serta merta boleh menggunakan terapi gantian nikotin dan juga berhenti secara perlahan-lahan seperti dinasihatkan pasukan khusus yang terlatih di KBM.

Selain itu, perokok juga akan diberikan bantuan kaunseling secara berkala oleh anggota KBM yang berpengalaman merawat pesakit yang ingin berhenti merokok dalam program KBM yang diadakan. Jadi, ambillah peluang ini jika anda sedang berusaha untuk lari dari terus merokok.

Tabiat merokok adalah tidak memberi sebarang manfaat kepada kita malahan ia akan menyebabkan mudarat pada diri sendiri selain peluang untuk mendapat berbagai jenis penyakit kronik yang memberhaya seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan sebagainya.

Sebenarnya anda boleh menghindari dari merokok dan inilah antara cara berhenti merokok yang boleh diamalkan dengan mengambil ubat seperti yang dikongsikan. Anda perlu tekad dan nekad untuk berhenti serta berusahalah untuk ke arah yang lebih baik. Anda boleh!

Semoga bermanfaat.

Baca juga : Pesan Doktor Jangan Cium Anak Selepas Merokok, Ini Sebabnya Apabila Satu Kes Terjadi Kepada Bayi 1 Tahun, Ayah Jangan Pentingkan Diri Sendiri.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments