in ,

AWAS! Ibu Yang Sedang Berpantang, Jangan Selalu Tidur Dalam Bilik ‘Berair-cond’. Ini Sebabnya..

cara berpantang selepas bersalin

Berbagai jenis pantang larang selepas bersalin yang dapat dilihat pada hari ini sama ada dengan cara berpantang dalam Islam dan sebagainya yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun.

Tempoh berpantang biasanya dalam masa 44 hari dan dalam jangka masa ini ibu-ibu yang selepas bersalin akan mengelakkan bermacam perkara yang tidak boleh dilakukan termasuk tidak boleh makan makanan tertentu dalam tempoh berpantang.

pantang larang selepas bersalin
Banyak perkara dalam pantang yang harus seseorang ibu itu tahu.

Walau bagaimanapun, mungkin masih lagi ada yang belum tahu tentang cara berpantang selepas bersalin dengan betul selain mengikuti petua nenek moyang, makanan berpantang dan sebagainya sehingga terlanggar pantang larang ketika dalam pantang.

Pantang Larang Dalam Berpantang

Ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan telah dikongsikan oleh Puan Siti Aishah ini yang dilihat sangat berguna kepada semua wanita yang sedang berpantang pada zaman ini. Perkongsian yang amat bermanfaat ini menerangkan secara terperinci tentang ibu-ibu yang sering tidur di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin dan beberapa nasihat serta petua dalam pantang.

LANGGAR PANTANG

Tidur dalam bilik beraircond. Alasan wajib yang selalu saya dengar:

  1. Anak (bukan newborn ya) tak tahan panas
  2. Newborn tak tahan panas
  3. Ibu tak tahan panas
  4. Suami tak tahan panas

Nasihat saya:

Tidurlah dalam bilik beraircond biarpun temperature hanya 25°C dikira sejuk ya.

Ibu-ibu yang tidur dalam bilik beraircond sekup kepala, pakai stokin, pakai baju lapis-lapis dikira bersejuk ya.

Ibu-ibu dalam pantang yang kerap beraircond, malah tidur dalam aircond mudah terkena serangan bentan urat (demam menggigil seluruh badan), meroyan urat (simptom arthiritis – sakit-sakit sendi) dan meroyan bulu (mudah rasa seram sejuk) selepas bersalin.

Nasihat saya:

Jika anak-anak yang sudah besar dan suami anda tak tahan tidur tanpa aircond, anda perlulah berkorban tempat dengan tidur di tempat lain sepanjang pantang 44 hari.

Berpisah tempat tidur 44 hari bukan bermaksud anda buang anak-anak yang lain. Ia adalah tanda kesungguhan anda untuk cepat sembuh supaya genap 44 hari berpantang. Anda menjadi ibu yang lebih sihat dan mampu luangkan banyak masa berkualiti dengan anak-anak.

pantang larang bersalin
Gambar Hiasan

Kadang-kadang bila melihat balik ibu yang dah dihinggap sakit melunai selepas tamat tempoh berpantang, saya menyaksikan sendiri betapa mereka “rimas” dengan kehadiran anak-anak kerana si ibu sibuk melayan sakit-sakit badan yang tak surut-surut selepas bersalin.

Newborn dilahirkan dari kantung ketuban yang panas. Mereka dah biasa berpanas selama 10 bulan dalam perut ibu. Jadi alasan bayi tak tahan panas lebih kepada observation ibu pada ruam-ruam di badan bayi dan rengekan bayi.

Sebab itu ibu-ibu kita dahulu dia tak tala kipas pada anak-anak baru lahir. Dia pakaikan anak bedak sejuk. Selepas itu dipakaikan baju anak kapas nipis. Bedungnya juga dari kain batik/pelikat lusuh.

Zaman sekarang anak di fashionkan gaya anak lahir di UK. Mana budak tak mengamuk. Yang suaminya pula. Kalau nak tidur dengan isteri, kenalah berkorban. Belajar tidur tanpa aircond dengan kipas yang seminima mungkin.

Jangan sibuk menggelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik di mana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.

Cuba jadi jantan sejati sikit. Fikirkan khasiat berpantang ini untuk jangka masa panjang. Demi keharmonian rumahtangga kalian sehingga terputus nyawa.

berpantang
Seorang suami yang baik adalah suami yang boleh menolong isteri melakukan berbagai tugas isteri.

Buat ibu-ibu muda yang akan berpantang, siap-siap beli kipas tangas. Jangan cuba dilangkah pantang larang nan satu ni. Jangan jadikan badan anda sebagai bahan ujikaji kerana sekali badan dah mula sakit-sakit akibat tidak berpantang, ubatnya mahal. Kesannya berpanjangan. Anda akan tua sebelum usia.

Fikir-fikirkan. Biar merana 44 hari dari merana 44 tahun.

Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana-mana pihak copy paste mana-mana status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.

Perkongsian dari Facebook Puan Siti Aishah.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0