in

Cara Buat Baja Roti dan Air Hasilnya Tanaman Subur (Baja Organik)

cara buat baja roti

Baja organik guna roti dan air? Bercucuk tanam dan menanam tanaman sendiri pasti diminati ramai pemilik rumah yang mementingkan halaman hijau rumah mereka. Lebih seronok jika tanaman subur, gemuk, sihat dan baja pula guna baja roti saja.

Walau bagaimanapun, untuk berkebun tidak semestinya memerlukan tanah yang luas seperti di kawasan kampung sebaliknya walau di bandar boleh juga bercucuk tanam asalkan ada tanah dan baja. Ikuti cara buat baja roti dan air saja  dan terhasil baja organik.

Setiap jenis tumbuhan atau pokok memerlukan baja untuk terus subur dan berkembang biak. Inilah yang diharapkan oleh mereka yang berusaha menanam tanaman dan ingin melihat hasil yang ditanam itu seperti yang diimpikan.

Tetapi faktor utama untuk kesuburan pokok adalah baja yang sesuai untuk menyuburkan tanaman antaranya baja organik yang biasanya dibuat menggunakan bahan-bahan terbuang atau lebihan makanan dan sebagainya.

Cara Buat Baja Roti dan Air Untuk Tanaman

baja organik untuk tanaman sayuran
Kesuburan pokok berpandukan pada baja dan air yang diberikan secukupnya.

Panduan bercucuk tanam dengan baja roti dan baja organik atau semulajadi yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini pasti akan membantu anda membiakkan tanaman anda dengan lebih subur menggunakan baja yang berasaskan dua bahan sahaja iaitu air dan roti sahaja.

Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.

Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kosnya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.

Cara buat baja roti pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.

Mari kita baca cara buat baja roti dan kita cuba buat hari ini juga.

Bahan-Bahan :

khasiat baja roti
Bahan utama untuk baja buatan sendiri ini adalah lebihan roti dan air semulajadi.

1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter

Air hujan atau air basuhan beras je tau.

Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.

Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.

So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.

Cara-caranya:

Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.

cara buat booster roti
Lebihan roti yang direndam bersama air yang bukannya dari air paip.

Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.

baja booster
Selepas siap direndam dan untuk diperam.

Kemudian peram, letak ditempat yang gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.

Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.

Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.

cara buat membaja bunga
Ini selepas diperam selama beberapa hari dan siap untuk dijadikan baja.

MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.

Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes.

baja gemukkan pokok
Alatan dan bahan yang digunakan untuk proses penyiraman pokok.

Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.

Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.

Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.

baja terbaik
Pokok bunga Lily.

Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti gardenia ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.

Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.

cara untuk suburkan pokok kesum
Pokok kesum

Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.

cara besarkan pokok kucai
Pokok kucai

Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh guna baja mol roti.

cara membesarkan pokok limau purut
Pokok limau purut.

Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh. Daun baru bukan main meriah.

membaja pokok delima
pokok delima

Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.

kebaikan baja roti gardenia
Daun pokok delima.

Tadaaa. Saksikanlah kehijauannya.

cara suburkan pokok belimbing buluh
Pokok belimbing buluh

Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh. Best, guna baja dari roti saja.

Baca : Jangan Bunuh Tanaman Ini, Ia Boleh Membantu Menyembuhkan 13 Penyakit Ini. Anda Pasti Tak Percaya!

baja kompos
Baja kompos dan baja organik keduanya baik untuk menyuburkan tanaman.

Selain baja organik atau baja roti, baja kompos juga dikatakan sangat baik untuk menyuburkan tumbuhan dan tanaman. Pembuatan baja kompos pula sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan buangan seperti kulit telur, sisa sayuran, sisa makanan dan sebagainya.

Semoga perkongsian cara membuat baja roti, baja kompos dan baja organik ini akan membantu anda untuk menyuburkan tanaman dan tumbuhan di rumah anda. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0