Antara burger homemade yang dibuat sendiri dengan burger yang dibeli di kedai atau gerai rasa sedap berbeza dengan yang dibuat di rumah. Mengapa agaknya ya? Sos burger dan daging atau ayamnya juga berlainan sedapnya. Sebenarnya ada cara buat burger sedap yang mudah dan lebih enak mengikut tips dan resepi burger Malaysia terbaik.

Tips atau rahsia dan cara buat burger sedap yang dikongsikan pada kali ini adalah dari seorang pengusaha bisnes burger yang bernama Adie Redzuan yang telah mendapat perhatian ramai di laman Facebook.
Menurut peniaga burger ini, jika anda ingin menjual burger anda perlu pastikan resepi burger Malaysia dan bahan-bahan buat burger anda sedap sepertimana anda sendiri suka memakannya.
Jangan terlalu kedekut dengan bahan membuat burger sedap dan pastikan semua bahan dan resepi burger yang anda ingin jual itu sedap dan memenuhi citrasa orang ramai dan anda sendiri pasti orang akan terus membeli dan datang lagi untuk menikmati burger anda.
Mungkin cara dan resepi burger ini juga diamalkan oleh peniaga burger Ramly yang amat terkenal di Malaysia yang menjual burger ayam, daging dan sebagainya sehingga telah melonjakkan namanya di pasaran.
Resepi Burger Malaysia dan Cara Buat Burger Sedap

1. Daging
Resepi burger sedap wajib gunakan daging 70 gram. Jangan kedekut sebab untung tak sebesar mana. Meniaga perlu jujur dan harga jual diletak mahal sedangkan daging burger nipis saja, pelanggan mesti tak suka.
2. Teknik Masak Daging atau Ayam
Masak daging atau ayam burger tak perlu ditekan, jika ditekan jus daging akan keluar. Sebab itulah daging jadi kering. Anda perlu alihkan saja, letak sedikit planta saja, jangan terlalu banyak kerana daging itu sendiri mempunyai minyak.
3. Perasa untuk Burger Ayam dan Daging
Daging tersebut perlu dibuat lubang sahaja. Tak perlu dibelah di tengah kemudian letakkan seasoning, lea atau peirin dan maggi pun boleh. Letak lada sikit, mesti sedap menyengat.
4. Air Bawang Putih Untuk Burger
Air bawang putih adalah untuk menggantikan jus daging yang telah hilang. Jadi, daging akan menjadi juicy. Tuangkan sedikit ketika daging telah masak. Ini juga cara buat burger sedap dengan buat air bawang putih sendiri.
Cara buat air bawang putih untuk burger sangat simple, potong bawang putih dan masukkan air kosong, letak dalam botol dan tudung botol dibuat beberapa lubang.
Baca juga : Resepi Sos Tomato Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Sahaja
5. Kadar Api Sederhana
Anda perlu gunakan api yang sederhana ketika memasak daging burger. Penggunaan api yang kuat akan menyebabkan daging menjadi cepat kering.
6. Roti Burger Sapu Planta
Roti burger perlu diletakkan planta secara penuh dan rata. Jangan kedekut planta. Roti diletakkan di atas kuali berger. Tak perlu tekan roti dan kebanyakkan orang guna kayu untuk pressure roti sahaja bukan untuk meleperkan roti dan ia lebih nampak cantik.
7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur-sayuran pula mengikut citarasa anda sendiri. Biasanya orang akan memilih kobis. Tapi, saya memilih Lettuce Iceberg kerana lebih sedap dan mungkin payah nak dapatkan setiap hari dan ia agak mahal sedikit.
8. Jenis Sos Untuk Burger
Untuk sos burger jangan guna yang paling murah. Kebanyakkan peniaga burger yang terkenal menggunakan Longson. Mungkin agak sukar untuk ditemui. Jika di Perlis, peniaga kebab banyak gunakan Longson, sebab itulah kebab mereka sedap.
9. Jenis Mayonis
Mayonis disarankan menggunakan Nelly sebab paling best selain agak mahal sedikit. Tapi perlu sapu sedikit saja jangan buat macam Lady’s Choice tu. Sikit pun dah terasa kesedapannya.
Baca juga : Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah
10. Jenis Keju atau Cheese
Untuk keju, saya guna Smoke BBQ Cheese. Apa-apa jenama pun boleh, rona dia oren. Agak mahal, tapi memang terasa cheese dia. Anda pernah beli Cheese Burger tapi tak rasa pun cheese dia sebab guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Black Pepper sos adalah lebih elok dimasak sendiri. Jangan harapkan yang telah siap. Tak berapa elok. Mudah saja cara nak buat black pepper sos tu. Masak butter dengan tepung gandum sampai naik bau sedap, letak oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stok, garam dan alter la macamana pun supaya jadi sedap. Celup daging dalam kuah black pepper. Apa nak kata?
12. Susunan Lapisan Burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayonis dan yang ini buat kajian sendiri. Sos dan mayonis kalau boleh diasingkan. Mayonis di bawah, sos atas, baru terasa dua-dua rasa yang berbeza. Kalau cheese tu letak atas daging yang panas supaya dia cair dan melekat pada daging.

Sebenarnya lebih elok jika anda buat sendiri burger ayam atau daging, anda rasa sendiri. Kita jual burger macam mana yang kita suka makan, pasti orang lain pun akan suka. Jangan berkira dan terlalu kedekut nak bagi bahan, buat supaya sedap. Untung by volume baru boleh kekal lama berniaga.
Baca juga : Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade)
Mulai sekarang anda boleh buat burger sendiri mengikut tips cara buat burger sedap dan resepi burger Malaysia paling sedap yang telah dikongsikan. Jika anda buat dengan betul pasti sedap dan menyelerakan, silap hari bulan boleh jadi tokey bisnes burger yang diminati ramai.
Semoga bermanfaat.
Loading…