in

Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Cara buat mayonis
Resepi mayonis homemade

Sebenarnya, cara buat mayonis sendiri di rumah sangat mudah dilakukan tanpa menggunakan bahan-bahan lain yang tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ianya lebih selamat dan terjamin bersih serta boleh menjimatkan kos apabila tidak lagi membeli selepas boleh buat sendiri.

Mayonaise memang amat disukai ramai orang yang selalu digunakan sebagai bahan pencicah iaitu sos untuk makanan seperti sosej, kentang goreng, nugget, salad, sandwich, burger dan banyak lagi. Biasanya, mayonis homemade sangat disukai oleh kanak-kanak dan jika buatan sendiri pasti kuantiti yang banyak, anak-anak pasti akan makan berulang-ulang dan yang pasti berbaloi.

Mayonis atkins
Mayonis juga mempunyai banyak warna seperti putih, kuning dan sebagainya.

Mayonis juga mempunyai berbagai jenis seperti mayonis cheese, warna warni, thousand island dan sebagainya. Resepi mayonis buatan sendiri ini telah dikongsikan oleh Puan Nabiha Sukria untuk anda semua terutamanya mereka yang amat menyukai mayonis. Jom ikuti perkongsian beliau cara buat mayonis melalui Facebook.

Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?

Resepi Mayonis Buatan Sendiri

Cara membuat mayonis putih
Mayonis akan tahan lebih lama jika tidak terdedah dengan air. – Nabihah Sukria

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)

BACA JUGA : Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah & Senang Disediakan Kini Tular Di Media Sosial Dengan Ribuan Perkongsian

Cara Membuat:

1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

PERINGATAN;

cara buat mayonis
Mayonis Thousand Island antara mayonis yang sangat digemari ramai.

Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.

Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.

Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.

Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Nabihah Sukria

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja