in ,

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Pes Masakan Supaya Kerja Masak Memasak Jadi Lebih Mudah

pes masakan
Pes yang paling sedap kami kongsikan untuk anda.

Sebenarnya sangat mudah untuk lebih memudahkan kerja masak memasak di rumah, banyak cara dan kaedah yang boleh dilakukan menjadikan tugas memasak lebih cepat dan teratur. Salah satunya dengan membuatkan pes masakan serbaguna yang boleh dibuat sendiri untuk digunakan sebagai bahan asas memasak bermacam-macam menu nanti dengan cepat serta menjimatkan masa.

Seorang lelaki di laman sosial telah berkongsi dan ajar para netizen tentang cara mudah untuk buat pes masakan yang boleh digunakan untuk memasak. Cara dan resepi yang dikongsi Wan Muhammad Hafiz Satar ini sangat mudah, cepat dan yang paling utama adalah sangat sedap.

Pes tomyam siam pekat
Pes cili.

Dengan menggunakan pes masakan homemade ini, selain menjimatkan masa, masa yang ada itu nanti boleh digunakan untuk tugas-tugas lain atau ibu-ibu juga boleh berehat lebih lama memandangkan semua kerja sudah siap dan tak perlu lagi untuk mengupas bawang, tumbuk cili dan sebagainya.

Berikutnya adalah perkongsian Hafiz yang khas ditujukan pada kaum ibu dan mereka yang sering berada di dapur yang memasak untuk suami dan keluarga.

Cara Membuat Pes Masakan Segera

Bahan asas untuk bekal ke sekolah anak tiap-tiap pagi.. Style saya, saya buat PES siap-siap. Pagi-pagi takde la lorat nak kupas bawang nak tumbuk cili bagai, just masukkan dalam kuali terus masak apa yang terlintas. Senang, cepat dan yang penting sedap. hehehehe. Boleh masak macam-macam selain yang tulis kat situ.

Cara buat pes cili
Dua botol pes untuk seminggu. #Mother sauce.

1.Bahan-Bahan: (botol Kiri)
Bawang putih, bawang besar, bawang merah, cili padi, cili merah.

Cara Membuat:
Kisar kasar dengan minyak, selepas itu terus tumis sampai pes masak dan pecah minyak.

Cara Penggunaan:
Contoh kalau nak buat nasi goreng just tumis lauk dulu pastu masukan pes dan pecahkan telur, selepas itu masukan sayur, garam dan nasi. Last nak tabur ikan bilis pun sedap.

2.Bahan-Bahan: (botol kanan)
Bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering.

Cara Membuat:
Kisar halus dengan minyak selepas itu tumis sampai pes masak dan pecak minyak.

Cara Penggunaan:
Contoh kalau nak buat mee goreng, tumis pes dengan lauk, masukan sos cili, kicap dan pecahkan telur. Letak sayur, mee, gula, garam gaul sampai masak.

BACA JUGA : Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah & Senang Disediakan Kini Tular Di Media Sosial Dengan Ribuan Perkongsian

Pes Masakan Thai

pes masakan
Hasil akhir, pes dah sejuk, masuk dalam balang. Boleh tahan 2-3 bulan kalau dijaga baik.

Kepada mereka yang meminati masakan Thai, kami kongsikan cara nak buat pes cili Thai atau Nam Prik Pao yang biasanya ada dijual di pasar raya brand Mae Prahnom. Resepi pes masakan ini adalah hasil perkongsian Ahmad Shinoda dari laman sosial Facebook.

Pes cili ini adalah bahan asas masakan Tom Yam yang merah menyala tersebut iaitu Pad Prik dan beberapa masakan bercili Thai. Perbezaan pes tomyam segera dengan Nam Prik Pao adalah pes Tomyam telah dicampurkan sekali dengan serai, jus limau, lengkuas dan juga daun limau purut.

Sekiranya anda memasak tomyam menggunakan Nam Prik Pao ini, anda harus lebihkan serai, lengkuas, jus limau nipis dan daun limau purut. Yang paling seronok, warna tomyam anda pasti akan cantik dan merah menyala. Jom cuba!

Resepi Pes Cili Thai

Resepi masakan Thai halal
Biji cili boleh dibuang kalau nak kurang pedas.
Cara buat pes tomyam
Gunakan blender kering, lagi halus, lagi bagus.
Makanan Thailand
Lebih kurang 8 biji bawang merah dan 10 ulas bawang putih digunakan.
Pes tomyam thai paling sedap
Bahan-bahan utama yang telah dikisar halus.
Pes tomyam buatan sendiri
Letak 2cm belacan, campur semua bahan guna minyak dan sedikit air masak supaya lebih pekat.
Thai asli
Selalu jaga api, kacau pes jangan sampai hangit dan agak-agak kalau dah gelap tutup api dan sejukkan.

Info:

Selain tom yam, anda boleh juga guna untuk masakan Padprik, tiga rasa, stir fry dan masakan bercili yang lain. Boleh gantikan sos cili untuk buat masakan pedas dan kemerahan. Apa sekalipun, terpulang pada kreativiti masing-masing.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat Mencuba!

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja