Kunyit (Turmeric) adalah sejenis rempah yang sangat diperlukan dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi di Malaysia kerana ia banyak digunakan dalam masakan setiap hari. Sama ada kunyit serbuk atau kunyit hidup, keduanya mempunyai khasiat dan kebaikan yang terbukti banyak kelebihan untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga mudah didapati dan boleh ditanam di rumah. Tapi, bagaimana cara buat serbuk kunyit memandangkan ia hanya boleh dibeli dari kedai dan pasar raya?

Kegunaannya dari pokok, akar dan daun kunyit semuanya boleh digunakan untuk masakan dan perubatan tradisional yang dikatakan sangat mujarab untuk mencegah penyakit tertentu. Selain mampu merawat berbagai penyakit dengan dijadikan jus, air, serbuk dan sebagainya, ia juga sangat baik untuk kecantikan lelaki dan wanita secara luaran dan dalaman.
Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana serbuk kunyit dihasilkan? Bagaimana cara buat serbuk kunyit sendiri di rumah? Pasti ramai yang ingin tahu dan tentunya mereka yang rajin berada di dapur tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat kunyit menjadi serbuk.
Sebenarnya, pembuatan serbuk kunyit powder homemade boleh dilakukan dengan mudah sekiranya anda tahu cara membuatnya. Malahan, resepi untuk menghasilkannya sangat senang dibuat dan pasti ramai ibu-ibu atau tukang masak boleh melakukannya sendiri dengan mengikut cara yang dikongsikan.

Perkongsian dari pengguna Facebook, Puan Sumaiyah Abdullah tentang cara membuat homemade serbuk kunyit menjadi perhatian netizen kerana beliau berkongsi step by step cara pembuatan yang dikatakan amat mudah dibuat. Jom kita lihat bagaimana cara buat serbuk kunyit.
Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade

Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia dari 7 hingga 10 bulan. Untuk pengetahuan anda, kunyit hidup yang betul-betul matang, batang dan daun kunyit mula mengering. Kunyit yang telah siap dituai harus diproses dalam jangka masa dua hingga ketiga hari.

Anda perlu mencuci kunyit yang telah dituai. Disarankan anda menggunakan berus gigi untuk mencuci segala kekotoran yang terdapat pada kunyit hidup tersebut. Sila pastikan akar juga turut dibuang dan tanah juga pasti melekat padanya.

Setelah siap dicuci bersih, sila keringkan kunyit tersebut dan ia perlu dibiarkan selama sehari sekurang-kurangnya. Anda juga boleh skip step ini jika ingin cepat untuk membuat serbuk kunyit.

Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Ia perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu dan tujuannya untuk SEBAB seperti yang berikut;
- Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi dengan lebih cepat.
- Menghilangkan bau tanah dan juga kekotoran.
- Untuk mencantikkan warna kunyit hidup.
- Membunuh kuman atau sebarang bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
- Untuk menghilangkan getah kunyit dan kelembapannya.
Tempoh merebus atau kukus yang paling sesuai adalah lebih kurang selama 30 minit atau hingga ke 45 minit.

Inilah rupa kunyit yang telah siap dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus, warna kunyit juga boleh berubah apabila direbus atau dikukus.

Langkah yang seterusnya adalah kunyit tersebut perlu dihiris nipis-nipis dan siap untuk dikeringkan.
Tips Menjemur Kunyit Hidup
- Elakkan direct cahaya matahari dan seeloknya di bawah pokok atau di bawah bumbung rumah.
- Keringkan lebih kurang dalam masa 7 hingga 10 hari. Bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, kunyit akan lebih cepat kering.

Inilah hasilnya selepas kunyit ini dikeringkan selama 5 hari.

Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam blender atau pengisar kering. Sila ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul menjadi halus.

Ini hasilnya serbuk kunyit yang telah siap diproses.

Kemudian cari botol-botol yang cantik dan refill. Sedia untuk digunakan untuk masakan yang menggunakan serbuk kunyit. Betul tak cara buat serbuk kunyit sangat mudah?
Baca : Resepi Kesihatan Pelbagai Khasiat Jamu Asam Kunyit Herba Sesuai Untuk Lelaki dan Wanita
Kunyit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan pada zaman sekarang kunyit banyak digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, pastinya akan memilih untuk menghasilkan sendiri jus atau ubat yang menggunakan kunyit sebagai bahan utama.
Selamat mencuba.
Loading…