Asb Mayban2u
Informasi Tips Viral

7 Cara Mudah Buat Simpanan ASB Melalui Maybank2u Secara Online

Mungkin masih ada yang belum tahu tentang simpanan ASB iaitu pelaburan Amanah Saham Bumiputera boleh dibuat secara online tanpa perlu lagi untuk beratur mengambil nombor giliran dan bersesak-sesak semata-mata untuk membuat simpanan.

Pada zaman sekarang segalanya di hujung jari begitu juga untuk menyimpan duit sudah tak perlu pergi ke bank lagi, hanya lakukan atas talian sahaja, semuanya mudah dan senang. Pemindahan duit ke akaun ASB kini boleh dibuat melalui Maybank2U dan dengan cara ini ramai yang telah menjimatkan masa serta kemudahan untuk simpanan dalam jangka masa panjang lebih mudah dilakukan secara konsisten pada setiap bulan.

Satu perkongsian yang amat bermanfaat kepada semua ini telah dikongsikan oleh Farain Mohamad yang turut mendapat perhatian netizen yang berpendapat panduan dan rujukan ini sangat mudah untuk dibuat kerana cara dan langkah-langkah ditunjukkan dengan gambar menjadikan lebih mudah untuk difahami.

Nak buat simpanan untuk ASB kena pergi bank? Sekarang segalanya di hujung jari sahaja. CARA DAFTAR (add favourite) dan SIMPANAN ASB melalui Maybank2u.

Di bawah ini terdapat dua step iaitu step paling lengkap. Cara-cara boleh dirujuk kepada setiap gambar yang turut disertakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ikut step tersebut. Untuk mendaftar dan cara simpanan. Pastikan anda sudah ada nombor ahli dan buku ASB.

STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:

Cara daftar asb maybank2u

STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:

  1. Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
  2. Pilih ruangan “investment”
  3. Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
  4. Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
  5. Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
  6. Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
  7. Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
  8. Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan
  9. Jangan lupa simpan pengesahan untuk simpanan (screenshot)

**kalau ‘accepted’ bermakna korang dah boleh transfer simpanan ASB melalui M2U. Okay jom pergi next step untuk buat simpanan pula.

BACA JUGA : Cara Kira & Penjelasan Berkaitan Persoalan Zakat ASB

CARA MENAMBAH SIMPANAN ASB melalui M2U :

1. Pilih ruangan ‘investment’

Cara memasukkan duit dalam asb

2. Pilih ‘ASNB Unit Trust’

Simpanan ASB Online

3. Pilih ‘ASNB payment’. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘active’

Semak baki asb melalui maybank2u

4. Pilih akaun pemegang unit ASB (ada nama korang sekali) dan klik ‘continue’

Pelaburan asb maybank

5. Baca dan fahami akaun pengesahan. Klik kotak akaun pada ‘declaration’ dan klik ‘continue’

ASB Online

6. Isi amaun pelaburan (minimum RM10) dan klik ‘continue’

Asb online register

7. Transaksi berjaya. Siaplah! Dah tak payah susah susah masukkan duit simpanan akaun ASB di bank. Segalanya di hujung jari.

Cara kemaskini pelaburan ASB
Pastikan setiap kali simpanan, screenshot transaksi sebagai bukti.

Selamat menyimpan.

Sumber : Farain Mohamad

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!