Sos tomato buat sendiri? Mengapa perlu beli kalau boleh buat sendiri, lebih-lebih lagi cara buat sos tomato sendiri di rumah sangat mudah dan senang untuk dibuat. Selain menjimatkan kos dan kebersihan terjamin serta lebih puas hati kerana kandungan sos boleh dibuat dengan banyaknya mengikut kehendak masing-masing.
Resepi perkongsian dari Puan Sumaiyah Abdullah ini menunjukkan bagaimana cara buat sendiri sos tomato dengan menggunakan 3 bahan sahaja tanpa perlu sebarang bahan pengawet tiruan dan bebas dari bahan aditif atau bahan-bahan lain yang tidak baik untuk kesihatan kita.

Menurutnya, sudah setahun beliau tidak membeli sos tomato kerana membuat sos tomato homemade. Yang menariknya, anda boleh buat pilihan sama ada untuk memasukkan garan sekiranya ingin lebih masin atau tidak perlu garam jika ingin menjaga kesihatan. Malahan, anda juga boleh campurkan dengan serbuk cili jika ingin pedas.
Cara Buat Sos Tomato Homemade
Bahan-bahan :
- 5-6 biji Tomato Masak Ranum
- Gula 3 sudu besar
- Cuka 3 sudu besar
- serbuk cili (optional kalau nak sedikit pedas)
- secubit garam (optional)
Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang kat kedai tu. Selamat mencuba.
*Kalau tomato 1kg, gula 1/2 cawan, cuka 1/2 cawan.
Cara Membuat :

Anda perlu memilih buah tomato yang masak ranum dan merah kerana tomato yang masak sebegini amat sesuai untuk dibuat sos. Kemudiannya masukkan ke dalam periuk yang berisi air sehingga tenggelam seperti dalam gambar di bawah.

Rebus tomato tersebut sehingga kulit tomato pecah dalam jangka masa lebih kurang 5 minit.

Kemudian kupaskan dan buang semua kulit tomato.

Semua tomato tersebut dimasukkan ke dalam blender untuk dikisar tanpa menggunakan air.

Anda perlu kisar tomato itu tadi sekurang-kurangnya dalam masa 5 minit.

Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.

Dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja, sos tomato siap atau boleh juga dipanggil sebagai pes tomato homemade yang boleh digunakan untuk memasak masakan lain seperti masak merah, atau pencicah untuk dicicah bersama ayam goreng, makan dengan burger, spaghetti atau apa saja yang biasa kita gunakan dengan tomato sauce yang dibeli dari kedai.
BACA JUGA : Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah & Senang
Selepas dah tahu tentang resepi buat tomato sos ni, bolehlah kita amalkan selalu dengan memakan tomato yang segar kerana tomato mempunyai khasiat yang sangat banyak. Antara kebaikan tomato adalah sangat baik untuk kulit yang mana dikatakan mampun melicinkan kulit dan juga dapat merawat berbagai jenis penyakit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang suka masak dan cara buat sos tomato ini sememangnya sangat mudah serta jimat dan tidak perlu beli lagi kerana boleh buat sendiri tanpa ragu-ragu dengan kebersihan serta berbaloi-baloi.
Selamat mencuba!