in

Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah Tanpa Ragi Tapai Mudah & Senang

Tempe

Tempe mempunyai penggemarnya dan khasiat yang tersendiri. Pasti ramai yang tahu bahawa tempe mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi selain kebaikan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan serta mampu turunkan tekanan darah tinggi. Tempe juga dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala menopause atau putus haid dengan cepat bagi wanita serta boleh mencerahkan kulit. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu cara buat tempe sendiri di rumah.

Bagaimana cara buat tempe? Apakah bahan untuk membuat tempe? Sebenarnya, cara untuk membuat tempe homemade sangat mudah dan tidak begitu sukar untuk dilaksanakan. Perkongsian resepi cara membuat tempe tanpa menggunakan ragi tapai ini dikongsikan oleh saudari Ida Alina Salleh. Lebih baik buat sendiri di rumah selain jimat dan kebersihan makanan ini juga dijamin serta anda pasti berpuas hati selepas dapat menghasilkan tempe sendiri.

Cara Buat Tempe Tanpa Ragi Tapai

cara buat tempe
Tempe atau juga dipanggil sebagai tempeh di sesetengah tempat.

Cara buat tempe tanpa ragi tapai? Kenapa? Kerana ragi tempe dan ragi tapai sangat berbeza yang mana tidak boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Manakala, ragi tempe sifatnya seperti spora cendawan halus dan tidak basah. Ia akan terus mereput dan membusuk.

Melalui perkongsian ini, selain cara buat tempe, Ida Alina juga menerangkan di mana beliau membeli ragi tempe dan cara-cara untuk membuat ragi tempe dengan mudah dan cepat. Sila lihat langkah-langkah pembuatan tempe serta penerangannya dengan teliti agar tempe yang anda hasilkan itu menjadi dan berkhasiat.

Bahan-bahan Buat Tempe:

1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik

Tempe goreng tanpa ragi tapai
Tempe goreng kunyit garing sangat sedap dimakan bersama nasi.

Cara Membuat:

proses buat tempe
Bahan asas iaitu kacang soya harus direndam terlebih dahulu.

1. Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.

Rebusan kacang soya
Kemudian kacang soya tersebut direbus.

2. Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.

Resepi buat tempe
Selepas ditoskan kacang soya itu harus dijemur di tengah panas.

3. Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.

Tempe kacang soya
Kemudian kacang dimasukkan ke dalam plastik dan ditebuk lubang.

4. Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.

Ppembuatan tempe
Hasil tempe yang telah siap dibungkus.

5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.

BACA JUGA : Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Tempe homemade
Tempe yang telah siap dipotong untuk digoreng atau sebagainya.

Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.

Cara Membuat Ragi Tempe

Cara mudah buat ragi tempe
Ragi tempe

Sekiranya anda tidak mempunyai ragi tempe, anda boleh buat sendiri. Berikutnya cara mudah buat ragi tempe yang dikongsikan untuk anda semua. Cara untuk membuat ragi tempe buatan sendiri ini tidak begitu sukar kerana ia boleh dibeli di kedai tetapi anda harus teliti untuk memastikan ragi yang akan dibuat itu adalah jenis ragi tempe terbaik selain hasilnya sedap dan memuaskan hati.

Caranya:

1. Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.

2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.

3. Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.

4. Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.

5. Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.

6. Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.

Tempe sedap
Pecal biasanya akan dihidangkan bersama tempe yang menambahkan kesedapan makanan ini.

Berbagai jenis dan resepi yang menggunakan tempe boleh dibuat dan dimakan. Antara yang popular yang menjadikan tempe adalah bahan asas atau bahan sampingan untuk menyedapkan masakan tersebut seperti pecal, lontong, sambal goreng dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat dan selamat Mencuba!

 

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments