in ,

Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1300 (Akaun KWSP & Tabung Haji)

Cara daftar haji guna KWSP akaun 1

Mungkin ramai yang ingin menunaikan haji tetapi tidak tahu cara daftar haji yang betul selain faktor tidak cukup duit atau pun masih muda remaja. Sebenarnya kita disarankan agar membuat pendaftaran haji dengan segera jika mempunyai niat untuk itu.

pendaftaran haji tanpa deposit RM1300

Mungkin ada yang menganggap tidak perlu daftar haji dulu dan menunggu selepas mempunyai duit yang cukup barulah mendaftar. Tahukah anda, jika anda mendaftar tabung haji pada masa sekarang, belum tentu anda dapat pergi ke Mekah pada tahun depan. Silap hari bulan lagi 10 tahun barulah dapat menunaikan haji.

Cara Daftar Haji Guna KWSP Akaun 1

Sekiranya anda berniat untuk mendaftar, sila daftar haji sekarang walaupun anda tidak mempunyai wang simpanan berjumlah RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Mengapa? Kerana untuk membuat pendaftaran haji pada hari ini sangat mudah dengan hanya menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran Tabung Haji jika anda adalah seorang pencarum KWSP.

Rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang ini. Tambah rugi lagi kerana daftar haji tidak perlu bayar apa-apa sekalipun. Semuanya diambil dari akaun 1 KWSP. Adalah lebih baik menggunakan pengeluaran KWSP akaun 1 kerana akaun ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah berumur 55 tahun nanti.

Sebenarnya, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP atau EPF) telah lama berkerjasama untuk memudahkan semua pencarum bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima ini, mungkin ramai yang terlepas pandang.

pendaftaran haji menggunakan kwsp
Penyata KWSP terkini yang perlu dibawa bersama ke Pejabat Tabung Haji. – Via Fahmi Hamid

Berikutnya adalah beberapa langkah yang mudah sekiranya anda ingin membuat pendaftaran haji menggunakan KWSP;

  • Bawa penyata KWSP terkini dan kad pengenalan MyKad ke Pejabat Tabung Haji atau mana-cawangan terdekat.
  • Sila maklumkan kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas bahawa anda ingin membuat pendaftaran haji guna KWSP.

Syarat-syarat Mendaftar Haji KWSP

Syarat kelayakan untuk daftar haji adalah individu yang mempunyai akaun Tabung Haji dan jika tiada akaun TH anda boleh buka akaun Tabung Haji segera dengan RM10 sahaja. Anda juga seorang ahli KWSP dan untuk membuat Pendaftaran Haji Ahli KWSP anda perlu penuhi syarat berikut;

  1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Agama Islam
  3. Pemilik Akaun Tabung Haji
  4. Simpanan akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM1300
  5. Belum berumur 55 tahun pada tarikh pendaftaran

Setelah proses pendaftaran untuk menunaikan haji anda selesai, anda hanya perlu menunggu panggilan untuk giliran sahaja. Bersabarlah, masa untuk pergi ke Mekah akan sampai juga. Insha Allah.

Baca : Semua Pencarum KWSP Boleh Buat Pengeluaran Untuk Sebarang Jumlah Pada Bila Masa Saja Mulai Januari 2018

Nota Penting:

  • Pihak TH tidak keluarkan duit anda dari akaun KWSP, jadi jumlah dalam akaun KWSP masih sama tiada sebarang pengeluaran.
  • RM1300 hanya akan diambil dari KWSP apabila anda telah mendapat giliran untuk menunaikan haji.
  • Tambahan RM3000 boleh dikeluarkan dari akaun 2 KWSP untuk kegunaan dan perbelanjaan ketika anda menunaikan haji.

Kini kemudahan pengeluaran KWSP untuk tunaikan haji telah diperkenalkan oleh TH dan KWSP iaitu pendaftaran haji tanpa deposit, maka ambillah peluang baik ini sementara ia masih ada. Walau bagaimanapun, setiap sebarang pengeluaran KWSP, setiap individu itu perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau apa saja pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak berkenaan melalui laman web KWSP dan Tabung Haji atau melalui talian telefon di Tabung Haji Contact Center (THCC) 03-62071919.

Baca : Kemaskini Akaun Tabung Haji Segera Untuk Dapatkan Hibah Haji dan Hibah Tahunan

INFO

Mana-mana ahli KWSP yang telah pun membuat pendaftaran haji dengan Tabung Haji sebelum ini juga boleh ditukarkan kepada kemudahan untuk mendaftar haji guna KWSP tanpa ditukarkan sebarang pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberikan. Malahan duit untuk pendaftaran berjumlah RM1300 itu juga akan dicairkan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0