in ,

Cara Hilangkan Jeragat Guna Masker Scrub 3 in 1 Soda Bikarbonat

Cara hilangkan jeragat guna soda bikarbonat

Soda bikarbonat atau baking soda bukan sekadar bahan dapur yang biasa-biasa. Ia ada efek yang sangat hebat dan boleh digunakan sebagai cara hilangkan jeragat dan membuatkan para wanita bahagia miliki wajah berseri-seri apabila mencuba petua ini. Sebabnya, ia boleh jadi ejen yang menyingkirkan sel-sel kulit mati yang degil pada wajah.

Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang berbagai petua dan cara hilangkan jeragat degil cara tradisional yang boleh diamalkan untuk mencantikkan kulit muka. Bahan-bahan semulajadi yang selalu digunakan untuk merawat muka biasanya seperti buah tomato, kunyit, ubi kentang, lemon dan bermacam lagi jenis bahan asli yang lain.

Manakala produk penjagaan kulit muka seperti jeragat dan jerawat yang terbaik atau skincare product seperti krim atau serum yang boleh didapati di mana-mana farmasi juga terbukti berkesan untuk merawat, selain itu baking soda dan vaseline juga dikatakan boleh digunakan untuk melicinkan kulit selain mampu menghilangkan jeragat di wajah.

Petua dan Cara Hilangkan Jeragat Guna Soda Bikarbonat

bintik bintik hitam

Sebelum anda mencuba cara hilangkan jeragat dengan menggunakan baking soda ini, anda harus tahu bahawa petua yang dikongsikan ini hanyalah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka jenis normal dan sekiranya kulit muka anda adalah jenis sensitif, anda tidak digalakkan menggunakannya dan mungkin ia akan memudaratkan.

Nota Penting

Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.

Pengalaman menggunakan Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Cik Puan Awatif Osman ini adalah bertujuan untuk membantu membuang jauh-jauh kulit kusam atau jeragat. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dari dapur anda saja tanpa perlu campur dengan bahan lain yang tidak sepatutnya.

Bahan-bahan

● 2 biji comel limau [email protected] limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.

petua menghilangkan jeragat di muka

● 1 sudu besar soda bikarbonat atau baking soda

produk utk jeragat

Langkah Demi Langkah

1. Potong limau nipis secara melintang. Ni petua jeragat mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak jika dipotong menggunakan cara ini.

2. Picit limau pada soda bikarbonat seperti yang dipaparkan dalam gambar.

petua hilangkan jeragat di wajah

3. Haaa. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.

cara menghilangkan bintik hitam di muka secara tradisional

4. Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.

masker untuk muka

Cara Pakai Masker Hilang Jeragat

Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan gitteww. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.

Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤

5 Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu

Apakah penyebab atau punca jeragat sehingga wajah yang dahulunya cantik menjadi berbintik-bintak hitam dan tidak lagi berseri seperti sebelumnya? Kenali punca jeragat seperti yang dikongsikan seperti berikut:

  • Tidak menjaga kebersihan muka atau mengabaikan rutin harian mencuci muka. Sekurang-kurangnya cuci muka dua kali sehari untuk mengelakkan kulit muka berjeragat.
  • Usia juga adalah faktor utama kulit kita berjeragat dan biasanya di kala umur 30 tahun ke atas dan jika kita tidak menjaga kulit muka berkemungkinan seawal 20 tahun jeragat akan terjadi pada wajah kita akibat malas mencuci muka.
  • Faktor keturunan juga dikatakan berlakunya kulit muka berjeragat. Sekiranya ibu atau bapa anda ada jeragat, tidak mustahil anda juga akan mengalami masalah yang sama dan sebaiknya carilah petua atau cara hilangkan jeragat dengan cepat.
  • Cahaya matahari juga akan menyebabkan kulit kita akan rosak sekiranya anda sering berjemur di bawah panas matahari dengan kerap dan jeragat pastinya berlaku akibat kerosakan sel kulit selepas terkena sinaran uva dan uvb yang didapati daripada panas matahari.
  • Alat solek dan produk penjagaan kulit muka yang tidak berkualiti juga adalah antara punca terjadinya muka berjeragat dan tidak cantik. Kebanyakkan produk tiruan yang dijual di pasaran gelap adalah tidak selamat digunakan sekiranya tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan berwajib.

Sebenarnya masih banyak lagi punca dan penyebab yang merosakkan kulit kita sehingga terjadinya jeragat. Sebab-sebab yang dikongsikan di atas adalah sekadar pendapat melalui kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan.

Video Tutorial Cara Hilangkan Jeragat

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Formula Saintis

Semoga perkongsian cara hilangkan jeragat di muka yang degil itu dengan menggunakan bahan-bahan mudah yang boleh didapati di rumah ini akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah wajah anda. Tidak salah jika anda mencuba petua ini kerana ia terbukti berkesan seperti dikongsikan oleh Puan Awatif Osman ini. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0