in ,

7 Cara Hilangkan Selsema dan Hidung Tersumbat (Tips dan Petua Mujarab)

Petua hilangkan selsema dengan cepat

Apakah punca selsema dan bagaimana cara hilangkan selsema? Faktor cuaca yang tidak menentu seperti panas terik adalah antara punca utama mengapa kita sering demam, selsema dan batuk berpanjangan sehingga menyebabkan hidung tersumbat yang terkadang sangat merimaskan sehingga aktiviti harian terganggu dek kerana selesema yang menyerang ditambah dengan hidung berair meleleh dan berhingus.

Punca selsema berpanjangan sering dikaitkan dengan keadaan resdung seperti hidung berair, kerap bersin, hingus yang banyak, kerap batuk, mulut berbau busuk dan banyak lagi yang dipercayai kerana jangkitan virus yang menganggu saluran pernafasan dan kerongkong. Jika terkena pada orang dewasa mungkin masih boleh menahan keadaan ini, tetapi bagaimana pula jika kanak-kanak atau bayi kecil yang mengalami selsema sebegini?

Selsema berpanjangan
Selsema dan batuk biasanya berpanjangan jika tidak dirawat.

Apabila terkena selsema pasti kita akan memerlukan ubat yang mujarab untuk hilangkan selsema dengan cepat yang kadangkala menyebabkan sukar untuk bernafas. Banyak cara hilangkan selsema dengan berkesan dan cepat seperti petua tradisional yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dan ubat yang boleh didapati di farmasi.

Walau bagaimanapun, cara yang terbaik adalah bertemu dengan doktor pakar sekiranya selsema anda berterusan, ini kerana doktor akan membuat pemeriksaan dan menasihatkan anda serta memberikan ubat yang sesuai untuk pulihkan selsema yang anda alami itu.

Sebenarnya, cara merawat atau cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat boleh dilakukan di rumah sahaja dengan mengamalkan beberapa langkah dan tips yang boleh meredakan serta mengurangkan gejala selsema, hidung tersumbat dan juga hidung berair.

Tips yang dikongsikan ini adalah saranan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ezairy M.Salih yang menerangkan bagaimana cara dan petua untuk hentikan selsema dan cara ini juga bukan sahaja untuk orang dewasa malahan boleh juga dilakukan kepada kanak-kanak atau bayi bagi tujuan mencegah dan mengatasi demam selsema.

7 Cara Hilangkan Selsema Dari Rumah

1. Minum banyak air

Cara hilangkan hidung tersumbat dan selsema berterusan
Air kosong atau air putih harus diminum sekurangnya 8 gelas sehari.

Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.

Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.

2. Minuman panas

Petua hilangkan selsema dan batuk orang dewasa
Minuman seperti coklat panas adalah antara minuman terbaik.

Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.

Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.

3. Wap muka

cara hentikan selsema dan batuk berpanjangan
Wap air panas untuk wajah bukan saja merawat selsema malah jerawat juga.

Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.

Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.

BACA : Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan Dengan Limau Kukus Resepi Perubatan China Terbukti Mujarab

Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.

Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.

4. Mandi panas

Mandi air panas
Mandi dengan menggunakan air panas.

Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.

5. Elak makan makanan pedas

Cara elak selsema
Elak memakan makanan pedas seperti sambal belacan.

Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.

6. Elak segala punca alahan

Alergik dan selsema
Punca selsema juga dikaitkan dengan alergik.

Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.

7. Bantuan doktor

Cara hilangkan selsema
Cara merawat selsema yang terbaik adalah berjumpa doktor pakar.

Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.

SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga semua beroleh manfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments