in ,

Cara Jimat Elektrik Di Rumah Dengan Berkesan (Tips dari TNB)

tips dan cara jimat elektrik

Bil elektrik adalah antara perbelanjaan setiap orang yang mempunyai tempat tinggal atau rumah. Ia juga satu keperluan bagi kita semua untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak tahu cara jimat elektrik dan tak mengawal penggunaan elektrik pastinya bil bulanan akan banyak dan kita perlu membayar dengan kos yang tinggi sehingga akan membebankan belanja bulanan.

Walau bagaimanapun, cara jimatkan elektrik dengan pengawalan penggunaan elektrik sebenarnya boleh dilakukan oleh penghuni sesebuah rumah itu tanpa menggunakan sebarang alat jimat elektrik yang kini banyak dijual di pasaran. Ramai masyarakat kita masih mempercayai bahawa alat itu mampu menjimatkan elektrik dengan mudah walaupun ada yang mengatakan ianya tipu dan tidak benar.

Tips yang paling berkesan untuk kurangkan bil elektrik
Jom jimatkan penggunaan elektrik dalam kehidupan seharian kita.

Sebenarnya, cara untuk menjimatkan elektrik serta mengurangkan kadar bayaran bulanan bil elektrik dapat dibuat dengan mudah sekiranya kita tahu cara dan kaedahnya. Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut berkongsi tips penjimatan elektrik pada semua pengguna iaitu bagaimana anda dapat kurangkan komitmen bil eletrik pada setiap bulan dengan berkesan.

Tips dan Cara Jimat Elektrik Setiap Bulan

1. Sila gunakan ruangan mesin basuh semaksima yang boleh. Jika mesin masih mempunyai ruang kosong masukkan saja semua baju atau pakaian yang dibasuh sehingga penuh.

semak bil elektrik selepas guna tips jimat tenaga elektrik
Penuhkan mesin basuh dengan pakaian sebelum mencuci.

2. Sila pastikan filter pendingin udara (aircond) sentiasa dicuci supaya kegunaan dan operasinya lebih efisyen.

tips penjimatan elektrik di rumah atau pejabat
Pastikan filter aircond sering dicuci juga satu cara jimatkan elektrik.

3. Ketika pendingin udara telah dihidupkan, anda perlu menutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan akan lebih rendah bil elektrik yang perlu dibayar.

cara jimat aircond atau pendingin hawa
Pastikan semua pintu dan tingkap tertutup sebelum menggunakan penghawa dingin.

4. Pilihlah lampu mentol yang akan menggunakan tenaga sedikit demi penjimatan yang lebih banyak.

tips menjimatkan tenaga elektrik
Guna mentol yang menjimatkan seperti kurangnya tenaga.

5. Pastikan anda gosok baju sekaligus dan banyak pada setiap minggu sekali.

petua jimat elektrik apling berkesan
Baju atau pakaian harus digosok dengan kuantiti yang banyak sekaligus.

6. Memaksimumkan penggunaan air dalam cerek elektrik sewaktu memasak. Sebenarnya ia lebih menjimatkan elektrik.

Tips dan cara jimat elektrik TNB
Gunakan tempat memasak air atau cerek dengan betul iaitu masak sehingga penuh.

7. Pilihan peralatan elektrik yang mempunyai tanda lima rating serta berlogo merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Pengunaan petik sejuk jimat letrik
Gunakan peralatan yang mempunyai tanda atau logo seperti dalam gambar.

8. Jarak untuk peti sejuk dengan dinding haruslah sejauh sekurangnya 10CM untuk peredaran yang lebih efisyen.

Bagaimana nak jimat penggunaan elektrik
Peti sejuk wajib mempunyai jarak atau ruang tidak kurang dari 10cm daripada dinding.

9. Jangan selalu membiarkan komputer, lap top atau monitor LCD anda dalam mode stand by sekiranya ia tidak digunakan.

cara buka aircond rumah
Alatan seperti komputer atau TV perlu ditutup jika tidak digunakan.

10. Anda juga boleh menggunakan timer untuk sebarang peralatan sekiranya diperlukan pada masa yang tertentu sahaja.

Cara penggunaan elektrik lampu kalimantang
Timer yang ada pada peralatan digunakan jika perlu.

11. Anda boleh guna lampu Fluorescent T5 sebagai langkah dan cara jimatkan elektrik anda.

Cara nak jimatkan penggunaan aircond yang betul
Lampu Fluorescent T5 adalah antara lampu yang terbaik.

12. Sila set suhu aircond yang paling efisyen iaitu antara 23-25 darjah celcius untuk mendapatkan kesejukan yang lebih optimum.

jimat elektrik guna air cond atau penghawa dingin
Suhu aircond yang terbaik adalah antara 23 dan 25 darjah celcius.

13. Cara anda susun barangan di dalam peti ais juga antara faktor penting untuk menjimatkan elektrik. Sila pastikan barang anda tersusn rapi dan kemas dalam penyimpanan peti sejuk.

Pengunaan elektrik untuk peti sejuk
Susunan barang dalam peti ais antara faktor utama untuk penjimatan elektrik.

14. Anda boleh gunakan mod Cold Wash ketika mencuci pakaian menggunakan mesin basuh demi untuk mengelakkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskan air.

Macamana cara guna mesin basuh untuk penjimatan tenaga
Sila setkan mod Cold Wash sebagai langkah penjimatan elektrik yang baik.

15. Jika anda membeli peralatan pendingin udara, sila pastikan aircond tersebut sesuai dengan keadaan dan ruangan bilik tersebut. Semakin besar ruang atau aircond tersebut, semakin banyak bil elektrik yang perlu dibayar.

kaedah dan cara jimatkan elektrik di rumah dan pejabat
Size atau jenis aircond yang digunakan juga fakotr penting untuk diambil kira.

Bagaimana? Mudah bukan? Jadilah pengguna bijak, bukan sahaja dapat jimatkan elektrik tapi anda juga menjimatkan duit. Anda boleh mencuba tips dan cara jimat elektrik ini sekarang dan sila semak bil TNB anda pada bulan depan selepas anda melakukan kaedah yang disarankan oleh TNB ini.

Baca : AWAS! Ibu Yang Sedang Berpantang, Jangan Selalu Tidur Dalam Bilik ‘Berair-cond’ Ini Sebabnya

Lupakan saja tentang alat jimat elektrik yang dikatakan sangat berkesan sedangkan TNB sendiri turut mengakui bahawa tips dan cara jimat elektrik inilah yang paling berkesan sekiranya anda ingin menjimatkan penggunaan elektrik di rumah.

Perkongsian asal daripada SAYS Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua pengguna. Sekiranya tips ini berguna, silakan share kepada semua dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0