in

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui MyASNB (Pengeluaran)

cara keluarkan duit asb online

Mungkin masih ada yang tak tahu cara keluarkan duit ASB tanpa buku akaun secara online melalui laman MyASNB. Sebenarnya, untuk membuat pengeluaran atau jual balik unit Amanah Saham Bumiputera sangat mudah.

Sebelum ini sebarang pengeluaran ASB iaitu Amanah Saham Bumiputera termasuk Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 yang melibatkan duit dan sebagainya tak boleh dikeluarkan jika anda tak pergi ke kaunter bank, pejabat pos, Kiosk ASNB dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, semenjak 27 April 2020 lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah membuat pengumuman bahawa setiap orang yang mempunyai simpanan ASB boleh membuat pengeluaran secara online melalui laman rasmi www.myasnb.com.my tanpa perlu beratur lagi.

Pengeluaran Duit Asb Online MyASNB

Jadi, sebelum anda tahu cara keluarkan ASB atas talian dengan mudah, anda wajib tahu serba sedikit tentang maklumat berkaitan dengan transaksi pengeluaran duit melalui ASNB kerana ada syarat-syarat tertentu dinyatakan seperti berikut:

  • Had pengeluaran ASB hanya RM500 sahaja dalam sebulan
  • Pengeluaran secara online via MyASNB hanya RM100 satu transaksi
  • Pengeluaran duit hanya boleh dibuat 3 kali sahaja dalam sebulan

Waktu Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran ASB

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad (7AM – 6PM)
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad (7AM – 4PM)

Wang ASB anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari bekerja yang berikutnya tidak kira mana-mana bank sekalipun seperti Maybank, BSN, CIMB, RHB dan sebagainya.

Apa yang pasti duit tidak akan dimasukkan pada hari yang sama. Sekiranya anda emergency memerlukan duit dengan segera, sebaiknya anda keluarkan ASB anda di kaunter bank, pejabat pos, kiosk berdekatan dan sebagainya.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

1. Masuk ke laman rasmi https://www.myasnb.com.my

cara nak mengeluarkan simpanan MyASNB
2. Pilihkan bahasa mengikut keselesaan anda samada BM atau English

3. Seterusnya klik Log Masuk seperti yang tertera.

4. Pada bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID anda.

5. Kemudian klik pada Teruskan.

6. Frasa Keselamatan akan terpapar seperti mana ketika anda daftar pertama kali dulu.

7. Sekiranya Frasa tersebut berbeza daripada pilihan anda sebelum ini, sila tekan TIDAK.

8. Tekan YA jika Frasa tersebut adalah tepat dan masukkan Kata Laluan.

9. Kemudian, klik pada menu Portfolio seperti dalam gambar.

cara keluar asb online
10. Paparan seterusnya adalah Nombor Ahli beserta Jenis Unit Amanah yang telah anda langgani.

11. Seterusnya, sila pilih unit amanah iaitu ASB anda yang mempunyai butang Transaksi, klik di situ.

cara buat pengeluaran duit asb
12. Sila pilih untuk Jualan Balik.

13. Di sini anda berada pada bahagian satu iaitu Pengisytiharan.

Baca: 7 Cara Mudah Buat Simpanan ASB Melalui Maybank2u

pengeluaran asb tanpa buku akaun
14. Sila baca dengan betul dan fahamkan semuanya sebelum meneruskan transaksi mengeluarkan ASB anda.

15. Sila tanda atau tick di bahagian berikutnya yang menandakan anda bersetuju serta faham dengan kenyataan Terma dan Syarat dan sebagainya seperti dalam gambar.

asnb maybank
16. Setelah anda selesai dengan bahagian 1, anda akan berada pada bahagian 2 pula iaitu Jualan Balik. Maklumat seterusnya akan keluar secara automatik.

17. Anda perlu masukkan jumlah duit ASB yang ingin anda keluarkan.

18. Sila Tick pada bahagian Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.

mengeluarkan simpanan akaun asnb
19. Kemudian satu notifikasi akan keluar mengatakan jumlah pengeluaran ASNB yang anda keluarkan itu akan dikreditkan ke akaun bank anda yang telah didaftarkan dalam tempat satu hari berkerja.

Baca : Cara Kira Zakat ASB (Hukum dan Pengiraan Zakat Simpanan)

20. Jika anda bersetuju dan mendapati semuanya betul, sila klik Teruskan.

21. Di bahagian 3 iaitu Pengesahan yang terakhir, sila klik Permintaan TAC.

cara keluarkan duit asb online
22. Masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS di telefon bimbit anda yang telah didaftarkan.

23. Klik Seterusnya untuk menamatkan transaksi pengeluaran duit ASB online anda.

cara pengeluaran asb online

Video Cara Mengeluarkan Duit ASB Online

Sekiranya anda masih tidak faham bagaimana cara-cara untuk jual balik unit Amanah Saham Bumiputera seperti yang dikongsikan, anda boleh ikuti tutorial video cara pengeluaran ASB online daripada MyASNB yang berikut.

Selain daftar dan membuat pengeluaran akaun simpanan, anda juga boleh semak baki duit ASB online di laman sesawang rasmi ini. Begitu untuk menyimpan melalui bank-bank terpilih seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.

Itu sahaja perkongsian cara keluarkan duit ASB online melalui MyASNB atas talian. Hari berkerja yang berikutnya anda boleh semak sama ada wang anda itu telah dimasukkan ke dalam akaun bank. Sekiranya berjaya, anda juga akan mendapat email dari pihak MyASNB. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0