Memiliki bentuk badan yang ramping dan langsing adalah menjadi impian semua orang terutamanya wanita masa kini yang inginkan penampilan mereka lebih cantik, sihat dan menarik di mata mereka yang memandangnya.
Walau bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat bukanlah sesuatu perkara yang harus sangat mudah untuk dilakukan kerana tindakan ini memerlukan kesabaran yang tinggi disamping harus membuang rasa malas dalam diri serta perlu nekad dan berusaha untuk kurus dengan cepat.
Sebenarnya, ada beberapa cara kuruskan badan yang terbaik untuk kita menguruskan badan dengan cepat dan mudah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, Norafiza Mahmud, yang telah terbukti berkesan dan menarik perhatian netizen.
Perkongsiannya menunjukkan cara kuruskan badan yang dia gunakan hanya dua bahan terbaik sahaja iaitu buah peria katak dan epal hijau untuk menurutkan berat badan sehingga mampu mencapai 10 kg dalam jangka masa dua bulan tanpa mengambil sebarang pil kurus yang terbukti membahayakan kesihatan serta tiada aktiviti yang memudaratkan.
Tips Turunkan Berat Badan 10Kg Dalam Masa Dua Bulan
Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas! Betul boleh bawak ke?
Bahan- Bahan: Epal hijau, peria katak.
Peria katak lebih dekat dengan anti penuaan dan kesihatan dalaman. Memandangkan diet cara aku adalah diet sihat, kurus dan muda remaja. Jadi, bahan asas diet cara aku merangkumi dari segala bahan yang memberi kesihatan dalaman dan luaran.
Sebiji epal hijau ada lebih kurang 80 kalori sahaja. Kau orang cuba konsistan dengan diet epal untuk menurunkan 2kg berat dalam masa seminggu sebab, epal boleh mengawal nafsu makan kita secara konsistan sekiranya kau orang konsisten dengan pengambilan jus epal dalam diet harian.
Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.
Pagi : Jus epal + Telur setengah masak
Lunch : Ikan + Sayur
Jus epal + Peria katak
Petang : Jus epal + Peria katak.
Aku risau pulak tengok kau orang, risau pancit tengah jalan. Sudahnya, aku kurus sorang-sorang.hahaha.
Ok, siapa yang ON diet dengan aku komen “Yes”.
Aku nak happy la sikit kalau ramai geng diet. Bukan apa, seronok tengok kau orang berjaya memikat suami sendiri, bukan suami orang.hihihi.
Kali ni menu kita lain sikit, menu ni boleh digunakan untuk kau orang yang cuba-cuba nak diet waktu menyusukan atau selepas.
Peria katak ni pahit sikit, sebab itu aku jadikan epal bahan asas untuk diet.
Cara-cara:
Sebiji epal + separuh peria katak
Blend dan tak perlu tapis tau
Sebab kita nak ambik serat dia
Serat dia banyakkan, mampu membuatkan perut kau orang kenyang gila-gila.
Macam biasa, diet aku adalah diet sihat dan kurus dan kulit yang cantik. Arrrrr, pakej terus diet aku ni. Mampu?
Kalau haritu, epal dengan timun. Yang ini epal dengan peria katak ok. Mula-mula kau orang minum memang tekak rase tak boleh terima. Tapi, bila dah di amalkan selalu jadi sedap!
Pejam mata, tutup hidung!
Pingback:Satu Keluarga Kuruskan Badan & Sihat Selepas Gigih Bersenam Bersama Selama 6 Bulan