Setiap tahun pasti ada azam baru bagi setiap orang dan kepada mereka yang berazam sejak dari tahun lepas tapi tak tercapai bolehlah menanam azam baru pada tahun 2018 ini. Pasti ramai yang berazam untuk kurus pada tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum lagi tercapai, mengapa?
Mungkin ada silap tertentu atau anda boleh mengikuti apa yang telah dilakukan oleh empat sekeluarga ini selepas apa yang mereka lakukan untuk kuruskan badan sememangnya sangat menakjubkan.
Menurut perkongsian dari Bored Panda, satu keluarga yang berasal dari negara China ini terdiri daripada seorang jurugambar, Jesse, 32, bapa, ibu dan juga isterinya telah jadi viral di laman sosial selepas apa yang mereka amalkan telah mengubah bentuk badan mereka secara keseluruhan dan ianya sangat mengejutkan ramai orang.

Perkara itu berlaku selepas ibu dan bapa Jesse telah berpindah ke rumahnya dan tinggal bersama isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak sulung mereka. Pada mulanya, ibu Jesse sahaja yang ingin tinggal bersamanya. Walau bagaimanapun, Jesse turut mengajak bapanya untuk tinggal bersama memandangkan dia merasakan itulah adalah peluang yang amat baik untuk mengeratkan lagi ikatan sebuah keluarga.
BACA JUGA : Makan Telur Rebus Dalam Masa Dua Minggu Mampu Hilangkan 10 Kg, Tak Percaya? Ini Caranya, Memang Berkesan..
Jesse turut memaklumkan bahawa pada ketika itu dia berasa sedih selepas melihat keadaan ayahnya itu yang berperang dengan ketagihan alkohol serta mempunyai tubuh badan yang agak besar. Lalu dia memikirkan tentang program untuk menguruskan badan yang harus diambil sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan dan semangat bapanya untuk meneruskan kehidupan.
Jesse telah mengajak semua ahli keluarga lain untuk turut menyertai dalam rejim kecerdasan berkenaan demi untuk menguruskan badan dengan cepat. Semuanya bermula dengan latihan berjalan dengan laju dan berjogging. Kemudiannya mereka pergi ke gym hampir setiap hari untuk melakukan senaman rutin harian untuk terus kuruskan badan.




Apa yang lebih menarik adalah Jesse turut mendokumentasikan hasil dan keputusan perubahan tubuh badan mereka dalam setiap tempoh 10 hari serta Jesse turut memuat naik gambar-gambar berkenaan ke laman sosial miliknya seperti Weibo dan Instagram.


Apa yang amat membanggakan Jesse, dalam tempoh masa tiga bulan sahaja menerusi hasil senaman yang telah dilakukan mereka telah mula menunjukkan perubahan yang amat besar dan amat mengejutkan mereka yang telah mengikuti perkembangan Jesse sekeluarga.
BACA JUGA : Wanita Ini Hilang 10Kg Dalam Masa Dua Bulan Hanya Minum Jus Peria Katak & Epal Sahaja Untuk Kurus

Setelah selama enam bulan mereka melakukan senaman tersebut untuk kuruskan badan, kedua-duanya kelihatan seperti model dan akibat perubahan besar tersebut daripada seorang yang mempunyai perut buncit dan gemuk. Malahan ramai yang tidak mampu mengecam rupa paras mereka selepas perubahan tersebut.


Rejim kecerdasan tersebut yang telah bermula sejak 10 Maca lalu sehingga 30 September 2017 itu telah mengubah gaya hidup Jesse dan keluarganya yang kini amat mementingkan kesihatan diri. Menurut Jesse lagi, apa yang amat menggembirakannya selepas latihan kuruskan badan tersebut berakhir, adalah dapat melihat keyakinan dalam diri bapanya telah kembali seperti dulu.




Mulai hari ini, anda boleh meniru apa yang telah Jesse dan keluarganya lakukan untuk kuruskan badan dan jangan ada sebarang alasan. Pastikan anda terus melakukannya untuk kuruskan badan tanpa jemu dan berdisplin, pasti hasilnya akan membanggakan diri anda sendiri.
One Comment
Leave a Reply