in

Cara Makan Nenas Dengan Mudah, Salah Rupanya Selama Ini Kita Kopek

cara makan nenas yang betul

Rupanya selama ni cara kita kopek dan makan nenas salah sama sekali. Ada cara mudah yang tidak pernah diketahui ramai telah terbongkar selepas satu rakaman video cara makan nenas dengan betul kini viral di laman sosial di seluruh dunia.

Rakaman video yang pada mulanya dikongsikan di laman aplikasi Tik Tok itu telah menarik perhatian ramai pengguna laman tersebut selepas pemilik video yang bertanggungjawab memuatnaikkannya dikenali sebagai Dillon Roberts mendedahkan cara ini.

tak perlu kopek buah nanas
Video yang dimuatnaik Lewis McCluskey jadi perhatian dunia.

Kemudiannya ia dikongsikan di laman Twitter oleh lelaki yang bernama Lewis McCluskey yang berusia 21 tahun daripada Middlesbrough, England kini tular serta menjadi topik hangat netizen di Twitter dan juga Facebook.

Rakaman video cara makan nenas dengan betul itu yang berdurasi selama 6 saat jelas menunjukkan bagaimana kita perlu memakan nenas tanpa perlu mengopek kulitnya yang selama ini kita kopek dengan menggunakan pisau.

pineapple
Tak sangka langsung macam ni cara makan nenas.
kopek nenas
Mudah rupanya, selama hidup langsung tak pernah tahu cara ni.

Memang benar seperti yang ditunjukkan, kita hanya perlu makan dengan menggunakan tangan saja tanpa perlu membuang kulit dan juga ‘bulu hidung’ yang terdapat pada buah nenas.

Ramai netizen yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah tahu tentang ini dan inilah kali pertama mereka lihat bagaimana untuk memakan nenas dengan cara yang sangat mudah.

Manakala, ada seorang lelaki yang agak berusia turut mengaku bahawa selama dia hidup selama 50 tahun, dia tidak pernah langsung tahu akan cara ini yang dikatakan sangat senang dan lebih cepat dari menggunakan sebarang benda tajam.

Netizen lain pula berkata, selama saya hidup, saya tidak pernah terfikir cara makan nenas seperti ini. Cara ini memang mudahkan sesiapa yang suka makan nenas. Selama ini saya gigih mengopek nenas, mulai sekarang saya akan cuba cara ini.

Ekoran rakaman video ini menjadi viral di laman sosial, kedua-dua mereka samada Lewis McCluskey dan Dillon Roberts kini dikenali ramai netizen serta follower kedua-duanya turut bertambah, malahan rata-rata netizen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berkongsi sesuatu yang sangat bagus. – Daily Mail

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments