in

Cara Masak Nasi Lemak Sedap dan Resepi Sambal Ikan Bilis Mudah

resepi nasi lemak sambal ikan bilis

Nasi lemak adalah makanan yang amat disukai oleh rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina dan India. Biasanya nasi yang dihidangkan bersama sambal ikan bilis ini boleh didapati kedai, gerai, restoran dan sebagainya. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri dengan masak nasi dan buat sambal tumis tapi macamana cara masak nasi lemak sedap.

Bak kata orang kesedapannya bergantung kepada rahsia resepi nasi lemak itu sendiri yang mungkin masih ramai lagi tak tahu dan juga sambal tumis ikan bilis yang akan menyedapkan lagi makanan ini apabila digandingkan.

cara-cara masak nasi lemak mudah dan sedap

Macamana nak masak supaya menjadi lazat dan memenuhi citarasa sendiri macam beli di kedai? Sebenarnya, jika cukup bahan-bahan seperti santan dan juga garam, ikut langkah demi langkah, ikut sukatan dengan petua memasak yang diberi, pasti nasi anda menjadi tidak mentah dan tak cepat basi.

Anda perlu cuba buat sendiri di rumah dan jangan cepat putus asa. Jika anda ikut resepi yang dikongsikan pasti anda boleh masak nasi lemak paling sedap abad ini, siapa tahu? Jom kita tengok perkongsian dari seorang pengguna Facebook ini yang berkongsi cara buat nasi lemak simple.

Menurut Leng Loy, cara masak nasi lemak yang dikongsikan adalah resepi turun temurun dari ayahnya yang pernah berniaga di sebuah kantin sekolah. Nasi lemaknya adalah yang paling sedap di situ dan sering dipuji oleh guru-guru sekolah kerana nasinya berbau wangi dan rasa santan yang sangat sedap.

Cara Masak Nasi Lemak Mudah dan Sedap

Berikut dikongsikan semua bahan-bahan dan cara-cara membuat makanan ini dengan langkah-langkah yang betul seperti ditunjukkan dalam gambar. Pastikan anda tidak skip semua step yang dikongsikan.

Bahan-bahan

nasi lemak santan kotak

  • Beras 3 cupak (1 pot, 2 pot atau 3 pot anda tentukan untuk berapa orang makan)
  • Halia yang ditumbuk
  • 5 helai daun pandan yang perlu dipotong
  • Santan kotak atau santan kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara memasak

A. Basuh beras dengan bersih dan sukat.

cara masak nasi lemak rice cooker

Ini cara saya sukat beras. Air perlu ikut dengan paras beras sama seperti kita nak masak nasi putih.

resepi nasi lemak dan sambal ikan bilis

B. Sukatan Air

Kemudian saya letak beras yang dah dibasuh tadi ke dalam bekas atau penapis lain. Periuk nasi ini perlu diisikan air untuk masak nasi. Air ini juga perlu ikut paras beras yang telah disukat tadi.

 resepi nasi lemak enak

C. Masukkan Santan Kotak

cara buat nasi lemak lembut

Masukkan santan satu kotak tak kisah jenis apa pun. Jika anda guna santan kelapa yang diparut tu, anda perlu pastikan santan yang dicampurkan air sama paras dengan sukatan air yang telah disukat tadi, jangan lebih.

cara buat sambal nasi lemak tak pedas

Jangan bazirkan santan dalam kotak, masukkan air yang diambil dari periuk itu tadi, goncangkan dan tuang semula ke dalam periuk nasi.

D. Masukkan Halia Tumbuk

cara masak nasi lemak recipe

Sesetengah orang tak suka halia, jadi ini adalah pilihan anda sendiri. Tetapi kata orang jika masak dengan halia, nasi lemak akan menjadi lebih sedap.

E. Masukkan Daun Pandan

cara masak nasi lemak untuk berniaga

Daun pandan perlu dipotong atau digunting seperti ditunjukkan dalam gambar.

F. Masukkan Garam

cara memasak nasi lemak menggunakan rice cooker

Kandungan garam perlu sekata dan tidak terlalu masin, untuk rasa yang lebih lemak dan sedap, pastikan anda tahu mengagak atau rasa terlebih dahulu.

G. Masukkan Minyak Masak

Minyak masak juga perlu agak-agak saja, jangan terlalu sikit dan jangan terlalu banyak.

cara membuat nasi lemak wangi

Fungsi minyak masak adalah untuk menjadikan nasi lemak anda cantik tidak berketul-ketul atau tidak lembik.

H. Start Masak Air Santan dan Daun Pandan

Inilah rupanya selepas dicampurkan kesemua bahan tadi, kemudian tekan suis cook untuk masak seperti mana kita masak nasi putih. Anda tidak perlu masukkan beras dulu.

Kita disarankan buat macam ni bila air santan dah mendidih dan dicampurkan dengan pandan maka nasi akan menjadi wangi dan lebih lemak-lemak gitu.

resepi sambal tumis nasi lemak sedap

PERHATIAN, anda perlu selalu tengokkan periuk nasi apabila dah tekan suis untuk masak, pastikan santan tidak mendidih terlalu lama sebab jika santan pecah, nasi jadi tak cantik.

resepi nasi lemak sambal tumis ikan bilis

.I. Masukkan Beras

Selepas air santan itu tadi mendidih, masukkan beras yang ditapis dan dibasuh bersih itu tadi

cara masak guna periuk elektrik

J. Kacau Nasi Sampai Masak

Selepas beras dimasukkan, anda perlu kacau setiap 5 minit sekali supaya nasi akan menjadi sekata dan seirama dengan santan. Ulangi langkah dengan mengacau sehingga nasi masak dengan jayanya.

cara memasak sambal nasi lemak yang sedap

Maka siaplah nasi lemak pandan yang anda buat di rumah sendiri, bila nasi masak, cantik dengan bau yang harum. Anda pasti teruja dan seronok kerana telah berjaya.

Apabila ada nasi lemak wajib ada sambal ikan bilis tapi di negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan gandingannya adalah sambal tumis ikan tongkol malahan ada yang makan bersama sambal ayam dan juga ayam goreng serta telur mata kerbau atau telur rebus.

Cara Buat Sambal Ikan Bilis

Resepi sambal tumis ikan bilis yang dikongsikan ini adalah khas untuk 6 orang makan dan cara membuatnya juga saya berikan sekali.

Sementara saya masak nasi tadi saya masak sambal tumis sekali. Rasa sambal tumis ikan bilis ini adalah resepi dari ibu saya. Kata mak dan ayah saya, kalau nak nasi lemak sedap kuncinya adalah pada sambal, kalau sedap sambal maka sedaplah nasi lemak tu.

Bahan-Bahan Kisar

Semua bahan di bawah ini perlu dikisar kesemuanya.

  1. Sebiji bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. Halia seinci
  4. Belacan sebesar ibu jari yang perlu digoreng garing
  5. Ikan bilis segenggam perlu digoreng dulu

Tumis Bahan Kisar

cara memasak nasi lemak yang sedap

Tumis dengan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis itu tadi. Jika anda suka bawang dalam sambal, anda boleh racikkan bawang kemudian masukkan dalam sambal atau ikan bilis juga.

Kemudian selepas bahan blend itu tadi sudah nampak garing, masukkan cili kering yang telah siap direbus dan dikisar dalam anggar 6 atau 7 senduk.

Kacau semuanya sehingga pecah minyak. Api perlu kecil dan perlahan, apabila sudah pecah minyak perasakan dengan garam mengikut kehendak sendiri dan juga gula 6 atau 7 sudu besar. Kenapa terlalu banyak, supaya rasanya nanti akan sekata, cubalah.

sambal nasi lemak

Masukkan paste asam jawa dalam 1/2 sudu besar, diikuti brown sugar, gula kerek atau gula melaka. Fungsi gula ini adalah untuk menjadikan sambal anda itu merah pekat atau maroon yang kelihatan cantik kejadiannya.

Baca : Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli (Gulai Ikan Tongkol)

Nota: Jika anda mahukan sambal ikan bilis anda itu tahan lama masakkan dengan perlahan selama 2 jam. Masakan begini biasanya dilakukan oleh orang yang berniaga kerana masak dalam kuantiti yang banyak.

Kalau nak terus makan untuk satu hari boleh masak asalkan menggelegak saja dah boleh angkat dan makan.

cara buat nasi lemak yg sedap
Cara masak nasi lemak resepi dari orang yang berniaga.

Walau bagaimanapun, setiap bahan dibuat untuk dimakan seramai 6 orang, jika anda masak dalam kuantiti yang banyak anda perlu tambahkan jumlah bahan. Masakan nasi begini juga boleh diolah mengikut kreativiti tukan masak itu sendiri.

Semoga perkongsian cara masak nasi lemak dan resepi sambal ikan bilis ini akan memudahkan anda untuk memasak makanan ini. Selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments