in

Cara Menaikkan Seri Wajah Pengantin Penyeri Muka Petua Tradisional

cara menaikkan seri wajah bakal pengantin

Biasanya bila cuti persekolahan yang panjang pasti ramai bakal pengantin yang akan mengadakan majlis perkahwinan mereka di musim ini dan mulalah bakal pengantin mencari cara menaikkan seri wajah sama ada untuk pengantin lelaki atau perempuan.

Kepada bakal pengantin, anda wajib bersedia dengan cara menaikkan seri wajah atau rawatan penaik seri muka supaya pada hari naik pelamin nanti wajah anda kelihatan berseri-seri menambahkan lagi kemeriahan majlis persandingan anda.

Apa kata anda cuba masker dengan bahan semulajadi yang mudah didapati hanya 4 bahan sahaja untuk mengembalikan seri wajah anda. Tips muka bersih dan cara menaikkan seri wajah secara tradisional ini patut anda cuba walau sekali.

Petua dan Cara Menaikkan Seri Wajah Pengantin

Mulakan sekarang, supaya apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu itu menjadi hari yang paling bermakna kepada anda apabila menjadi perhatian ramai kerana kecantikan dan seri wajah yang anda miliki selepas mencuba petua menaikkan seri wajah ini.

cara menaikkan seri wajah lelaki dan perempuan

Ini dia tip yang dicadangkan oleh Bella Care Beauty, petua bagaimana cara untuk menaikkan seri wajah bakal pengantin dengan hanya menggunakan masker semulajadi atau alami yang mudah, cepat dan berkesan.

“Ini ira amalkan untuk dapatkan wajah berseri dan yang bersinar. Jadi adik ira bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Ira preparekan resepi ni untuk si dia bakal pengantin si darah manis.

Boleh amalkan in sha Allah cantik di hari perkahwinan anda nanti. Yang dah kahwin tu. Boleh amalkan juga biar cik somi puji kita berseri sentiasa.”

4 Bahan Asas

Daun pudina
Yogurt asli
Kopi yang dah dihancurkan, ditambah dengan gula perang + shea butter & digaul sebati
Clay mask

Semua bahan-bahan di atas diwajibkan ada supaya petua menaikkan seri wajah untuk pengantin akan berseri-seri muka dan wajahnya.

Cara-cara untuk membuat:

1. Okay lurutkan daun pudina, jangan ambil batangnya. Kalau boleh ambil banyak lagi ikut kelebaran bentuk muka masing-masing (bakal pengantin)

petua pemanis muka

2. Tumbuk daun pudina sehingga keluar airnya dan hancur (sedang-sedang).

muka berseri-seri

3. Kemudian campurkan bahan campuran kopi tadi ke dalam lesung batu dan digaulkan sebati sehingga naik bau.

ilmu penyeri muka

4. Lepas kopi dan pudina hancur bersama (sebati) masukkan clay mask sebanyak 3 sudu kecil atau 5 sudu kecil kemudian gaul sebati.

Selain petua agar wajah pengantin berseri-seri yang dikongsikan di atas, anda boleh juga mengamalkan cara menaikkan seri wajah mengikut Islam dengan amalan membaca surah Yusuf seperti dikongsikan di bawah ini.

Baca : Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-seri (Surah Yusuf)

petua penyeri muka untuk pengantin

5. Letak sedikit yogurt, gaul sebati dan siap!

petua menaikkan seri wajah selepas bersalin

Sapu Rata

Amalkan 3 kali seminggu. Basuh muka dan pastikan kulit bersih dulu tau baru tepek masker ni.

petua menaikkan seri wajah pengantin

Jangan pakai lebih 30 minit. Lepas tempoh itu segeralah cuci muka ya. Selamat mencuba!

Semoga perkongsian petua dan cara menaikkan seri wajah atau penyeri muka yang dikongsikan oleh Bella Care Beauty ini akan dapat membantu anda semua sama ada bakal penganti, ibu lepas bersalin atau sesiapa saja yang ingin wajah mereka cantik berseri-seri.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0